Jom Sihat Bersama YDP KT

1157

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Kesihatan adalah perkara yang sangat penting untuk manusia dan menjaganya adalah di tuntut dalam Islam.

IMG_20160330_174733Atas faktor ini, PAS kawasan Kuala Terengganu dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta skuad khidmat telah “turun padang” dalam program hayunan 5,000 langkah di trek Batu Burok.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan Yang Dipertua PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memulakan langkah pertama, diiringi oleh seramai 30 orang peserta.

Antara terlibat lainnya adalah, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan AJK Dewan-dewan.

Program berakhir jam 8.30 pagi dengan tazkirah ringkas dari Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

IMG_20160330_174803“adalah penting kita menjaga kesihatan kerana ini di tuntut dalam Islam, nak berjuang kena sihat, nak buat ibadah lainnya kena sihat,

“mulakan dengan diri kita , kalau tubuh sihat nak buat aktivitipun jadi mudah. Tahniah kepada semua yang boleh turun beriadah sambil berprogram,” ujarnya setelah selesai 6 pusingan melangkah bersama muslimin dan muslimat.

Turut serta Ketua kebajikan PAS Kawasan Ustaz Salleh Abdullah, anggota Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Mohd Zabidi Yusof dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu Jefri Chua.