Jenazah Cikgu Suriati Dalam Perjalanan Ke Kuala Terengganu

2767

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusof berkata, Van jenazah Dewan Pemuda PAS Wilayah yang membawa jenazah al-Marhum Ciggu Suriati, isteri Haji Ahmad Aamzad Hashim telah bertolak ke Kuala Terengganu.

Katanya, ia dipandu sendiri oleh Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan Rashidi Razak.

Amzad“Doakan perjalanan pergi dan balik selamat,”ujarnya melalui lama sosialnya malam ini.

Beliau berkata, bagi yang bertanya maklumat pengurusan jenazah berikut adalah maklumat dari Hj Ahmad Amzad Hashim;

“Solat Jenazah Almarhumah Hjh Suriati Binti Abidin esok Sabtu, 13hb. Februari 2016 bertempat di Masjid Lama Durian Burung, Kuala Terengganu pukul 10.00 pagi.

“InsyaAllah dikebumikan di Perkuburan Durian Burung.

“Pohon semua menyempurnakan kepulangan beliau kpd Yang Maha Pengasih dan Penyayang,”Nurul memetik kenyataan ringkas Amzad.