Jemputan Ke Sesi Pendengaran Projek Pembinaan Dalam Kawasan Masjid

2538

Saya telah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan daripada berbagai pihak berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi ‘Town Hall’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Perlu disedari, Umno bahagian Hulu Terengganu sedang lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

Mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.

Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Mereka menggunakan kuasa Exco, untukk memaksa Pegawai Daerah, MDHT, JKR, MAIDAM, Pesuruhjaya Agama, dan lain-lain jabatan untuk berdepan dengan Jawatankuasa Bertindak dihadapan penyokong-penyokong mereka.

Difahamkan mereka mengerahkan semua Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK, AJK masjid, Guru besar, AJK PIBG dan kaki tangan kerajaan untuk hadir sebagai penyokong mereka dalam majlis tersebut.

Maklumat yang diperolehi, hadirin yang dijemput berjumlah 1,000 orang.

Kita tidak mahu terperangkap dengan permainan mereka yg mahu melaga- lagakan Jk Bertindak dgn Ketua-ketua Jabatan yang sememangnya terpaksa menurut arahan.

Kami akan teruskan kerja kami, dengan menerangkan kepada rakyat tentang tindakan rakus dan tamak pemimpin Umno Hulu Terengganu, sehingga sanggup menceroboh tanah rezab masjid untuk kepentingan beberapa individu yang haloba.

Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya menyeru, jika benar MDHT mahu mendengar pandangan Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini, saya bersedia hadir pada bila2 masa yang sesuai, ke pejabat MDHT untuk memberi pandangan kami.

Sekian. Terima kasih.

Haji Muhyiddin Abd. Rashid
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.
5hb Februari 2017.

Berita terkait;

Bangunan Didirikan Tanpa Kelulusan; PAS Akan Buat Laporan Polis Esok
Hotel Di Perkarangan Masjid: PAS Persoal ‘Prosedur’
Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel
PAS Kesal Umno-BN Bina Hotel Depan Masjid, Tanpa Kelulusan
Tanah Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’