MARANG – Pemuda PAS Kawasan Marang dengan kerjasama Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan meneruskan ‘Jelajah Sekampit Beras Dan Sekilo Gula’, menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


“sekampit beras, sekilo gula………. adalah sedikit sumbangan yang mampu disumbangkan untuk mengubati duka rakyat yang semakin terhimpit dengan bebanan kos hidup,
“terutamanya GST dan harga bahan asas yang semakin meningkat,”ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah MTD terbabit berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan bantuan tersebut kepada penduduk kampung Jenang, dekat sini pada Rabu, 17 Ogos.


Sebanyak 15 buah rumah di Kampung tersebut diziarahi, walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai petang semalam.
Majoriti penerima sumbangan yang ditemui berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, kerana ia meringankan bebanan perbelanjaan mereka, di sebabkan GST dan harga bahan asas semakin meningkat.





























