Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Jelajah Bantah GST Peringkat Kawasan Besut

Jelajah Bantah GST Peringkat Kawasan Besut

Gerakan Bantah GST diperingkat nasional mendapat sambutan dan momentum hebat seluruh negara dan program seperti HINDAR, BANTAH GST 1 MAY telah menguatkan gelombang kebangkitan rakyat.

IMG-20150512-WA0012Isu terbaru wang Tabung Haji diguna untuk selamatkan 1MDB benar2 membakar hati rakyat kerana wang simpanan bagi tujuan ibadah telah diurus secara tak munasabah.

Keputusan Rompin dan Permatang Pauh banyak kesannya kepada pertimbangan kerajaan dan memberi mesej yang jelas.

Di Peringkat PAS Negeri Terengganu telah setuju gelombang ni perkukuh melalui program Jelajah Bantah GST ke seluruh negeri.

Setiap kawasan akan ada satu hari khusus kempen GST yang akan berlangsun dari waktu pagi sampai malam dengan bermacam-macam aktiviti.

Yang terdekat adalah Kempen Jelajah Bantah GST Peringkat Kawasan Besut pada Sabtu 16hb Mei 2015 ni.

Pengisian seperti berikut:

1. Pagi. 10.00-12.00 tengahari – Bengkel Kepenggunaan
” Teknik dan Strategi Menangani Isu Pengguna”

Oleh Persatuan Pengguna P.Pinang CAP.
Tn Hj Azmi Abdul Hamid, Tokoh TERAS/MAPIM juga Timb Presiden CAP akan perturun ilmu.

IMG-20150512-WA00152. Petang 2-4.30 ptg – Wacana GST
Program dua hala.
Panel:
Tn Hj Azmi Abdul Hamid TERAS/MAPIM
Prof Madya Dr Fuad Salleh UNISEL
Dr. Ahmad Nadzri Hj Mansor
Dewan Ulama PAS Pusat
Hj Amzad Presiden GANTI

3. Lepas Asar
Flashmob dan Himpunan besaran2 Bantah GST di tengah bandar Jerteh (Sekitar Masjid Hadhari)

Pidato bakar semangat dari pimpinan tempatan, NGO dan jemputan.

Diselang seli dgn.kumpulan Buskers (pemuzik jalanan) yg bawa lagu bantah gst dan derita rakyat.

4. Sebelah malam lepas Isya – Ceramah Umum Bantah GST.

1. Tuan Hj Azmi Abdul Hamid, TERAS/MAPIM
2. Prof Madya Dr Mohd Fuad Salleh
3. Ustaz Nazri ( Calon PRK Rompin)
4. YB Ustaz Md Nor Hamzah, ADUN B.PAYUNG.

IMG-20150512-WA0008Edaran Risalah serta pengumuman perlu dibuat sebelum himpunan. Termasuk di surau dan masjid (solat jumaat.)

Pohon tuan/puan/ NGO tuan mewakilkan 5 orang (sebuah kereta) sebagai tanda kebersamaan/solidariti dgn rakyat dan pelbagai NGO yg turut sama.

Juga pohon sediakan kain rentang yg bersesuaian mewakili NGO tuan dgn slogan yg mana2 berkaitan GST, Tabung Haji dan 1MDB dan Hudud yg boleh digunakan lagi dimasa akan datang.

JOM JAYAKAN GELOMBANG RAKYAT.

Ikhlas DEMI Rakyat

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM

KETUA SEKRETARIAT NGO NGO TERENGGANU
BADAN PENGGERAK DEMOKRASI DAN MOBILISASI RAKYAT (DEMI)
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI TERENGGANU

10hb. Mei 2015

IMG-20150512-WA0014

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan