Menurutnya umat Islam perlu bermuhasabah diri dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang mampu dipraktikkan seperti menunaikan solat, puasa dan zakat.
Bagi ajaran Islam yang tidak dapat dilaksanakan, beliau meminta seluruh ummah untuk berjuang menegakkan syariat Islam yang dihalang perlaksanaannya.
“Hari ini sejauh mana kita laksanakan ajaran Islam? sejauh mana umat Islam menjadi contoh kepada orang yang bukan Islam? kita perlu lakukan muhasabah…..apa yang mampu kita laksanakan seperti sembahyang, puasa dan zakat kita laksanakan,
“apa yang ada halangannya, kita hendaklah berjuang menentang halangan-halangan itu,”tegasnya.
[Gambar – Presiden PAS bersalaman dengan para jamaah sebaik selesai menyampaikan khutbah Eidul Fitri di masjid Rusila pada 1 Syawal 1433, 19 Ogos, 2012]
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Eidul Fitri di masjid Rusila, dekat sini, semalam pada 1 Syawal 1433.
Dalam khutbah yang sama, beliau menjelaskan, orang-orang bukan Islam tidak ditutup mulut mereka dan dibenarkan bercakap mengenai perkara yang mereka tidak bersetuju dengan syariat Islam.
“Islam mengizinkan orang-orang bersuara di dalam masyarakat Islam, banyak ayat-ayat al-Quran yang diturun untuk menghujah orang-orang bukan Islam yang menentang syariat Islam, menentang hudud menentang qisas (dan) menentang halal dan haram,
“mereka dibenarkan untuk bercakap, orang Islam diwajibkan menjawab, tidak ditutup mulut-mulut mereka (orang-orang bukan Islam)……. sila cakap apa yang kamu tidak setuju dengan Islam,”ujarnya.
“








