Jasa Pengembara Silam Yang Lasak; Setiap Jalan Yang Dilalui, Menerima Islam!

1159

Firman Allah yang bermaksud;
“bersedialah kamu dengan apa-apa jenis kekuatan untuk menghadapi mereka yang menentang kamu diantaranya ialah, unta-unta yang diikat, kuda-kuda yang diingkat. (Merupakan pasukan kuda yang gagah perkasa).”

800px-Silk_routeDi mana latihan melasakkan diri, merupakan perkara yang disuruh oleh al-Quran. Yang disebut dalam al-Quran itu merupakan perkataan umum. Disebut salah satu daripadanya ialah kuda-kuda yang diikat. Merupakan kenderaan paling lasak dan laju di zaman dahulu. Nabi kita, Muhammad S.A.W menganjurkan ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka dengan sukan-sukan lasak. (Sabda Nabi yang bermaksud);
”ajarlah anak-anak kamu dengan menuju sasaran, memanah. Berenang”.

Memanah merupakan perkara yang diamalkan sejak dahulu. Ketika di padang pasir. Adapun berenang, tidak ada di padang pasir, merupakan sukan laut. Menunjukkan beberapa semua jenis sukan lasak dianjurkan.

Kita melatihkan diri, bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan kita yang memerlukan kita cergas bergerak di mana-mana di kalangan orang muda. Yang paling penting , melatih diri kita dengan sabar, sabar menghadapi kesusahan dalam perjalanan. Kesulitan di dalam perjalanan dan mengajar kita dengan disiplin.

Banyak sejarah Islam, menunjukkan bahawa orang-orang menerima Islam, bukan dengan al-Quran, bukan dengan senjata. (Tetapi) Dengan akhlak, disiplin yang ditunjuk oleh pegembara-pegembara Islam di zaman dahulu. Kita melihat, bagaimana (kawasan) dikenali dengan kawasan ‘jalan sutera’ di Asia Tengah dari negeri Arab, sehingga ke negeri China, yang jaraknya beribu-ribu batu. Hari ini, dikenali sebagai Asia Tengah. Merupakan kawasan-kawasan orang Islam yang padat.

silk_road_camel_caravans_carring_goodsDahulunya, mereka (di sana) adalah penyembah-peyembah berhala. Selepas kejatuhan empayar Parsi dan Rom orang-orang Islam bergerak, (ber) musafir di seluruh pelusuk dunia. Sama ada melalui Asia Tengah hingga ke negeri china. Di mana, setiap jalan itu, di setiap jalan (yang dilalui)itu, menerima Islam. Bukan dengan peperangan. Tapi contoh disebalik yang ditunjukkan oleh pegembara-pegembara kita. Termasuk lah yang merentasi lautan Hindi, sampai di Tanah Melayu. Yang rata-ratanya beragama hindu dan budha.

Tiba-tiba mereka menjadi penganut-penganut agama Islam. Bukan dengan paksaan, bukan dengan peperangan. Tetapi, kepada pedagang-pedagang yang sanggup mengharungi lautan yang besar ombaknya, yang kuat ributnya, sampai ke sini, mereka bawa sedikit barang dagangan. Mereka mati di sini, dengan contoh yang baik. Menyebabkan seluruh alam Melayu ini, masuk Islam. Tinggal sedikit sahaja yang masuk Islam. Sebahagian besar masuk Islam.

Menujukkan jasa besar pegembara Islam dalam perjalanan mereka. Mereka menunjukkan contoh yang baik. Ini, contoh kita yang sepatutnya dijadikan latihan yang kecil ini sebagai asas yang akan datang. Teruskan perjuangan kamu, kamu akan dapat keberkatan.

*** Ucapan Presiden PAS ketika Melancarkan Program Kembara Tarbawi 2014 di Kampung Bintang Setiu, Terengganu, Jumaat 23 Mei.