Oleh : Adli Mohamad.
HULU TERENGGANU – Janji akan mewujudkan khidmat mesin ATM (Automatic Machine Teller) bukan manifesto plilihan raya ke-14 PAS Terengganu, tetapi ianya merupakan bahan kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, beliau sering menerima pertanyaan tentang perkembangan perkara berkenaan.
“Malam ini saya terima mesej ada soalan (berkaitan) ATM ini manifesto PAS bila nak buat? ia sebenarnya bukan manifesto, manifesto ini dikeluarkan dalam bentuk kertas (bertulis).
“Yang janji nak buat ATM itu kita kempen pilihan raya, (memenuhi) hajat orang ramai,” jelasnya.
Menurutnya, sehinggakan ada pihak yang menularkan perkara berkenaan selepas dua minggu pilihan raya dan mempersoalkan perkara berkenaan didalam laman sosial.
Namun begitu, beliau sudah mengambil perjalanan dan ia akan mengambil sedikit masa untuk merealisasikannya.
“ATM dia ada proses juga yang nak dibuat yang buka ATM adalah (pihak) bank. Pihak bank adalah orang meniaga (ATM) jadi kita nak buka ATM ianya memakan masa dan perlukan proses,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Program Secawan Teh Bersama GENERASI Terengganu, diadakan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Bukit Bading Ajil, pada Jumaat, 25 Februari.
Oleh itu kata beliau, perkara tersebut telah dirundingkan dengan beberapa buah bank mereka akan menjalankan kajian berdasarkan lokaliti dan kepenggunaan serta keperluan penduduk berurusan dengan khidmat ATM itu.
Tambahnya, sebuah bangunan lama semasa pemerintahan UMNO dahulu yang kini dibawah pentadbiran kerajaan PAS telah dinamakan Pusat Perdagangan Ajil (Ajil Trade Centre – ATC) dikenal pasti menjadi lokasi ATM tersebut.
“Sekarang ini proses temuduga, sudahpun berakhir dan tunggu proses nak tawarkan kepada penyewa.
“Diantara penyewa yang menawarkan diri adalah pihak Sabasun Hyperruncit yang menyewa 12 lot. Jadi berkemungkinan besar di Sabasun akan ditempatkan ATM ataupun (premis) 7-Eleven yang ianya bergantung kepada keadaan,” tegasnya.