Jangan Cetus Sentimen Kebencian Agama

1339

Oleh: NM

ALOR SETAR – Ketua Muslimat Pas Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyentuh isu pelampau agama ketika memberi ucaptama di hadapan perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia ke-57 yang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor di Kompleks Pas Kedah di sini.

Beliau merujuk kebiadapan Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam Jakarta. Ahok akhirnya tewas kepada Anies dalam pemilihan Gabenor Jakarta baru-baru ini.

” Kita juga dikejutkan dengan kebangkitan kesedaran Islam yang sungguh luar biasa di atas usaha-usaha memperlekehkan ajaran Islam dan kesatuan umat Islam serta keharmonian hidup dalam konteks berbilang anutan agama di negara jiran, Indonesia.

” Kebiadapan Ahok telah menemui padahnya. Ini menjadi amaran kepada sesiapa saja yang bercita-cita mengganggu gugat keuntuhan Islam di negara yang kita cintai ini yang termaktub dslam artikal 3 Pelembagaan Malaysia bahawa mereka akan menghadapi padah yang sama”. Ucapnya lagi.

Beliau mengingatkan mana-mana pihak terutamanya yang tidak mempunyai hak supaya tidak mengcampuri hal ehwal agama Islam dan jangan mencetuskan kebencian daripada sahabat-sahabat bukan Islam warganegara Malaysia.

Menurutnya lagi Dewan Muslimat Malaysia tanpa ragu-ragu akan ke hadapan bersama-sama mempertahankan Islam dari anasir-anasir jahat ini.

” Dewan Muslimat Malaysia juga berdiri teguh di belakang Tuan Guru Presiden dalam isu pindaan RUU355 yang sedang diusahakan”. Ujarnya lagi.

Muktamar Tahunan Muslimat Pas Malaysia Ke-57 dirasmikan oleh Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Haji Hashim Jasin.