Terengganu, Malaysia

Jambori Kadet Amal Wal Banat Terengganu Kali Ke-2 2012

jambori 2011

Justeru, bertempat di Pantai Pandak , Chendering , Kuala Terengganu, PAS Terengganu akan menganjurkan Jambori Kadet Amal Banat Sekolah-sekolah Rendah Islam Terengganu 2012.

Objektif Jambori tersebut adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cergas jasmani dan mempunyai daya kreativiti disamping mendidik pelajar erti kehidupan dan perjuangan, selain membina ukhuwwah dan kerjasama di kalangan pelajar dan membina jatidiri pelajar.

[Gambar – Peserta Banat Jambori 2011 yang diadakan di Sekolag rendah islam Darul Bayan]

Jambori 2012 itu akan melibatkan 8 buah sekolah-sekolah rendah Islam yang diletakkan dibawah Dewan Ulamak Pas negeri Terengganu.

Jangkaan sekitar 224 orang akan berhimpun di pantai Pandak Chendering selama 3 hari dua malam bermula Khamis 24 Mei sehingga Sabtu 26 Mei, 2012.

Perlbagai program akan diadakan termasuk kembara malam, pertandingan pengembaraan berkumpulan (explorace) dan persembahan bakat peserta disamping latihan amalan ibadah harian; solat , tazkirah dan zikir munajat.

Jambori 2012 ini akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah.

Jambori Kadet Amal Wal Banat Sekolah-Sekolah Rendah Islam Terengganu kali pertama telah diadakan pada 26 Mei hingga 28 Mei 2011, bertempat di Sekolah Rendah islam darul Bayan, Paka, Dungun.

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan