Jaga Keselamatan, Kesihatan Pada Musim Banjir

1751

Oleh : Ahmad Faizal Al Medaniey

MARANG – Pengarah Majlis Tindakan DUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berpesan dan menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir

Sulaiman banjir“Saya menasihatkan agar penduduk di kampung berkenaan segera berpindah dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa”Ujar beliau ketika ditemui di selepas kunjungan di Kampung Tok Fakir.

“Beliau juga menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir agar terhindar dari wabak penyakit bawaan yang sering berlaku dimusim banjir,”katanya

Beliau berkata demikian ketika turun meninjau keadaan dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir di dua penempatan sementara di Kampung Kubu, pada Jumaat 31 Disember.

Ketua Pemuda PAS Marang itu juga bertanya kabar dan menyantuni beberapa keluarga di Kampung Bukit Kecil dan Tok Fakir yang masih belum berpindah dari kediaman yang mula dinaiki air dan menasihatkan agar berpindah sekiranya keadaan mendesak.

Sulaiman banjir1Kunjungan beliau di dua tempat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Kubu dan Balairaya Tanah Lot, Kubu disambut baik oleh Penyelaras penempatan sementara banjir dan mangsa banjir.

Kampung Kubu diantara kampung yang teruk terjejas akibat banjir semalam, apabila hujan yang turun bermula tengah malam Jumaat lalu dengan kadar yang agak luar biasa.

Ia telah mengakibatkan beberapa jalan utama dan beberapa buah kampung telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir di sekitar Pengkalan Berangan.