Jaga Cawangan, UPU Dan Parti

1344

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Para petugas parti diingatkan sentiasa menjaga cawangan dan Unit Peti Undi (UPU)  serta mengutamakan parti kerana tanpa Parti Islam SeMalaysia(PAS), tiada kerajaan PAS Terengganu,

Pengarah Pilihan Raya, PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Sheikh Hassan berkata jangan pula nanti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) lebih banyak daripada cawangan.

“Perlu giatkan usaha untuk tarik orang menjadi ahli PAS dan tubuh cawangan sebanyak mungkin,” ujarnya ketika berucap di Majlis Lawatan Jabatan Pilihan Raya Kawasan PAS ke DUN Rantau Abang yang diadakan di Gong Pasir, di sini pada 13 Januari.

Beliau turut mengingatkan parti perlu kuat untuk memastikan kemenangan PRU 14 dapat dikekalkan.

” Jadi kekuatan akar umbi mesti sentiasa dipastikan kuat, cawangan mesti kuat, upu mesti kuat,” tegasnya beliau.

PAS telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau Abang di dalam PRU14, apabila calonnya Cikgu Alias Harun menang dengan majoriti 4,452 undi berbanding di PRU13 hanya memperolehi 141 undi.