Terengganu, Malaysia

Jadilah Pengundi Bijak, Pilih PAS Dan Gagasan Sejahtera

Puan Rusiah Jamal dari Johor Bahru

(Gambar atas – Puan Rusiah Jamal dari Johor Bahru teruja bergambar di Studio Harap TV ketika mengunjungi Fastaqim 2.0)

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Para pengundi pada pilihan raya umum akan datang diminta membuat pilihan yang bijak dengan mengundi PAS dan Gagasan Sejahtera.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Sepang, Selangor, Puan Saimah Nordin, berkata, semua rakyat Malaysia sewajarnya memilih pemimpin yang dapat mentadbir negara dengan ikhlas dan amanah.

“pemimpin kita tiada mempunyai rekod buruk, dasar kita al-Quran dan sunnah dan PAS tidak dalam pakatan lagi,

“mudah-mudahan mereka (pengundi) merupakan pengundi yang bijak untuk memilih pemimpin yang akan mentadbir Malaysia,” tegasnya.

Jadilah Pengundi Bijak, Pilih PAS Dan Gagasan SejahteraBeliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Fastaqim 2.0 petang semalam Sabtu 30 September.

Katanya, perasaan beliau sangat gembira kerana dapat hadir pada program Himpunan itu, yang sudah lama dinantikan.

“Saya sangat gembira……saat yang dinantikan telah tiba…..sebelum ini kami telah menghadiri program Munaqasyah,

“dalam program itu antara kempen mereka ialah kita akan bertemu di Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal kerana kita akan mendengar amanat,” jelas beliau.

Beliau yang hadir ke Fastaqim bersama dengan sahabat- sahabat yang lain dengan menaiki tiga buah bas dari Tanjung Sepat, Sepang Selangor.

Jadilah Pengundi Bijak, Pilih PAS Dan Gagasan SejahteraSementara itu, Ketua Muslimat Cameron Highland Ustazah Dalmah Ismail, 55, menyeru kepada semua pengundi-pengundi Melayu menjadikan PAS sebagai pilihan utama mereka pada PRU 14.

“Marilah kita semua, pengundi- pengundi Melayu khasnya menjadikan PAS sebagai pilihan utama dalam PRU 14 ini,” tegas beliau.

Beliau yang datang bersama rombongan dari kawasan tanah tinggi itu merasa ‘kebersamaan’ dengan seluruh ahli dan penyokong PAS yang datang ke Fastaqim 2.0.

“Kami dari Kawasan Cameron Highland, DUN Jelai ni datang ke sini bersama sebuah bas dan dua buah van……alhamdulillah walaupun Kawasan Cameron Highland kawasan yang agak kecil,

“keahlian PAS kami juga kecil berbanding dengan kawasan lain di negeri Pahang, namun kami berjaya turut datang bersama seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAS ke Fastaqim ini untuk sama mendengar amanat dari pimpinan,” katanya.

Jadilah Pengundi Bijak, Pilih PAS Dan Gagasan SejahteraSeorang lagi penyokong PAS yang hadir Puan Rusiah Jamal 53, dari Johor Bahru bersyukur apabila dapat menyertai Fastaqim kali ini.

“alhamdulillah sampai juga hajat saya ke Fastaqim ini…..kali pertama dulu saya tidak sempat hadir,

“saya masih mencari ilmu dan ‘perbandingan’ di dalam program ini, semalam pagi juga saya hadir ke kuliyah Tuan Guru di Masjid Rusila bersama seorang kawan,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga sempat ke tapak Harap TV di Fastaqim ini.

“di sini saya berkesempatan ke studio Harap TV yang saya idamkan dan bergambar kenangan kerana selama ini saya hanya melihat di whatsapp yang kawan saya kongsi dengan saya,” kata beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan