Jabi Perintis Projek ‘Boreng Air’ Yayasan Amal

2130

SETIU – Yayasan Amal Negeri Cawangan Terengganu (YAMCT) akan meluaskan projek ‘Boreng Air Untuk Keluarga Miskin dan Madrasah’, membekalkan kemudahan air bersih melalui telaga tiub, ke seluruh negeri Terengganu.

IMG-20150327-WA0046Pengerusinya Dr Suhazeli Abdullah berkata, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi adalah kawasan perintis bagi penambaikan prasarana rakyat itu.

“ia akan disumbangkan kepada rakyat yang miskin dan susah serta di kawasan-kawasan yang amat memerlukan,

“in sha Allah kita akan memulakan program itu yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu, permulaannya di kawasan DUN Jabi ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kerja menggali telaga tiub di pekan Jabi, pada Jumaat 27 Mac.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindkan DUN Jabi Dr. Azman mengucapkan terima kasih kepada pihak YAMCT yang menjadikan bekas tapak program Himpunan PAS Ganti Umno (PGU) sebagai kawasan perintis projek tersebut.

Suhazeli AzmanMenurutnya, kawasan itu yang kini dikenali sebagai Dataran PGU Jabi masih kekurangan prasarana untuk dijadikan pusat kegiatan komuniti bagi DUN Jabi.

“ini adalah kawasan lapang yang seluas kira-kira 4 ekar yang pernah menjadi saksi himpunan puluhan ribu manusia dalam program PGU kali kelima.

Alhamdulillah, tuan kepada tapak ini almarhum datuk Daud Samad , bekas menteri besar Terengganu sewaktu pemerintahan PAS yang bermurah hati untuk menjadikan tempat ini sebagai pusat aktiviti PAS Jabi.

“Pada pagi ini kita sama-sama berada disini untuk menyiapkan beberapa prasarana untuk keperluan program,”ujarnya

https://youtu.be/LPg4LWNLR14