Pengarahnya, Ustaz Saiful Anbiya Darusa berkata lebih 100 orang sukarelawan Amal akan turun ke beberapa lokasi dalam empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Marang bagi memberikan khidmat pada Sabtu 19 Januari bermula jam 8 pagi.
“Lebih 100 orang akan turun esok pada hari Sabtu bermula jam 8 pagi hingga jam 4 petang, di Kampung Banggol Tok Ku Alor Limbat, (kita) akan menggantikan atap sebuah rumah,
“di DUN Bukit Payong kita akan (bergotong royong) membersihkan sebuah jalan (dan lain-lain khidmat),”ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran.
Menurutnya, di DUN Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan, sukarelawan Amal akan bersama masyarakat setempat membersihkan mendirikan pagar bagi tanah perkuburan Islam.
Dengan itu, beliau berharap masyarakat umum samada yang menyokong parti politik atau pun tidak dapat memberikan kerjasama dan menerima khidmat sukarelawan Amal
“kita alu-alukan mereka yang suka kepada khidmat sosial dan seluruh masyarakat dapat menerima khidmat dan bersama Jabatan Amal, amal bersama masyarakat,”tambahnya.



























