J3K ‘Konotasi’ Negatif

2365

Oleh : Rohayati  Ripin

KUALA TERENGGANU – Konotasi  Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif  apabila ia dikaitkan dengan amalan ‘kronisme’, kaki projek dan ‘pilih kasih’.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Marang Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa ‘baham’ duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.

“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak… tidak… bukan semua J3k dulu lagu ( macam)  itu  tapi biasalah ada yang buat perangai,

“Kalau selama  ini kita gambarkan  J3K sebelum ini negatif pada pandangan , maka  nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga  dikalangan masyarakat.

“dan inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan pada kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront Kuala Terengganu Kuala Ibai pada Jumaat, 3 Ogos.

Katanya, semua penjawatan dulu tidak menjadi masalah untuk diadaptasi sekali dalam gerak kerja.

“Kalau dulu sebelum ini gerak dalam pimpinan dalam parti,  Ketua Cawangan sebagai Timbalan Setiausaha Cawangan…. Setiausaha cawangan…. Timbalan cawangan…  Ketua Pemuda cawangan …,

“maka apa yang kita buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran  kita,

“Kita hari ini diberi amanah memerintah Negeri Terengganu, takkanlah Menteri Besar nak turun kampung …. nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat  dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.

Menurutnya, pemimpin PAS yang dipilih dan  diberi amanah untuk memimpin masyarakat di peringkat asas akar umbi.

“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat  dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita  adalah pelaksana bagi  dasar pemerintahan,

“jadi  tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K ia satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat,

“dan kita mewakili rakyat di peringkat bawahan  maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakt kampung,” ujarnya.

Justeru katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tidak kira dari parti PAS, Umno, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah di bawah pengurusan pentadbiran negeri.