Bagi DPPWP, perlantikan Ahmad Zamri dilihat sebagai satu penghormatan buat pemuda PAS umumnya dan Pemuda PAS WP khususnya. Berlatarbelakangkan kerjaya sebagai seorang peguam, Ahmad Zamri menjadi calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa menggantikan arwah YB Dr. Lo’Lo’ yang telah meninggal dunia. Keaktifan Ahmad Zamri membantu rakyat Titiwangsa dilihat seusai arwah masih hidup lagi. Ahmad Zamri banyak memperjuangkan isu-isu terutamanya berkaitan Isu Kampung Baru.
Ahmad Zamri juga merupakan salah seorang exco DPPWP dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM). Keaktifannya memperjuangkan rakyat yang ditindas dapat dilihat apabila menjadi peguam kepada tahanan-tahanan BERSIH, kes tangkapan mahasiswa, isu Kampung Berembang dan sebagainya. Kerjaya sebagai seorang peguam tidak menghalang beliau dari terus aktif menyumbangkan khidmat kepada rakyat.
Sesungguhnya perlantikan Ahmad Zamri Asa’ad Khuzami sebagai calon PAS Parlimen Titiwangsa ini merupakan suatu perlantikan yang tepat. Beliau juga mendapat sokongan penuh bukan sahaja di peringkat akar umbi Kawasan Titiwangsa tetapi seluruh jentera pemuda PAS WP. DPPWP mendoakan agar Sdr. Ahmad Zamri diberikan nusrah oleh Allah SWT dalam memperjuangkan agenda rakyat di Titiwangsa sekaligus meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham YB Dr. Lo’Lo’.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS WP





























