Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Isu TH; Mujahid Jangan Mengelak!

Amzad

Saya terkejut apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid menuduh saya kononnya saya tidak hadir ketika soalan saya berkaitan Isu Tabung Haji dibacakan.

Saya menyemak balik komunikasi saya dengan Setiausaha Dewan, Datuk Rosmee. Susulan senarai soalan yang dikeluarkan pada lewat petang Rabu 13hb Mac 2019, saya telah segera menghubungi Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pada 14hb Mac 2019 saya perlu berada di Kuala Terengganu kerana menunaikan tanggungjawab saya sebagai bapa dan wali kepada anak perempuan saya dalam majlis akad nikah anak saya pada 14hb Mac 2019.

Datuk Rosmee telah menyusun balik urutan soalan untuk 14hb. Mac pada hari berkenaan telah digantikan dengan soalan YB Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff.

Maka soalan saya sebenarnya tidak timbul dan belum dibaca lagi.

Sangat tidak patut sebagai Menteri mengeluarkan perkataan bagai menuduh saya seolah olah gagal hadir.

Mengapa beliau perlu merasa panas dan tidak keruan bila diasak untuk menyatakan nama individu yang dilantik sebagai Pengerusi, Pengarah atau pegawai pegawai pengurus utama syaikat khas SPV dibawah Kementerian Kewangan yg menerima pindahan aset berjumlah RM19.9billion yg asalnya milik Tabung Haji?

Sehingga berlarut-larut jawapan beliau yang jelas bagai mengelak memberi jawapan.

Logiknya bila ia berkait aset asalnya milik Tabung Haji yg berjumlah RM19.9Billion yang dipindahkan kepada ‘single entiti’, bukannya banyak SPV, tentunya sebagai Menteri beliau sepatutnya mengambil tahu siapa yang akan kawal dan uruskan.

Bila beliau tidak tahu atau mengelak dari memberitahu dewan, itu yang sangat menjolok mata.

Haji Ahmad Amzad Bin Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
26 Mac 2019

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan