Isu ICERD :  Jangan Ganggu Yang  Sedia Ada

2254

Oleh :Nooreni Abu Bakar

KEMAMAN – Kerajaan Malaysia diingatkan supaya tidak mengganggu  apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan dengan menandatangani Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata ianya sudah baik untuk negara yang melibatkan soal keharmonian kaum, agama, bangsa, dan adat bagi kaum-kaum lain.

“Daripada tuntutan-tuntutan yang kadangkala tidak munasabah daripada golongan-golongan yang berkepentingan dengan cara mereka, dengan cara hidup mereka, dan dengan kehendak mereka,” ujar beliau dengan nada kesal.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun itu menyebut demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Adam Mak Chili 2018 di sebuah hotel dekat sini pada 3 November.

” Sekarang ini orang sebut ICERD tiada hak yang boleh berlaku dalam satu-satu negara,”

“Yang Dipertuan Agong apabila kemerdekaan dicapai, diletakkan di dalam perlembagaan itu mesti menjaga hak bumiputera termasuk melayu”, katanya. .

Malah sambung Wan Hassan lagi, ianya juga melibatkan soal permit,  lesen,  biasiswa, bahasa dan juga agama.

” Ini semua mesti dalam kawalan, tapi kalaulah diskriminasi ini dibuat, kita bimbang hak-hak kawalan bukan saja melayu tetapi juga tanah-tanah adat ia akan terlibat sama,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan, asas-asas struktur negara ini jangan dibuat mudah dan jangan diambil mudah.

Sebab itulah tambahnya, menjadi asas penting untuk  membentuk anak-anak untuk menuju  masa akan datang supaya mereka dewasa nanti akan dapat hidup dalam negara yang aman dan damai.

Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sedang berucap.
Dalam ucapan tersebut beliau turut menegur kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang sepatutnya pembentangan bajet  mesti kerangka mengikut manifesto yang dikemukakan kepada rakyat.

” Rakyat buat perubahan(memberi undi kepada PH) kerana kos sara hidup, jadi bagaimana nak kurangkan kos sara hidup”, katanya.

Tambah beliau lagi,  rakyat membuat pilihan mengikut manifesto untuk menurunkan harga minyak dan juga menghapuskan tol.

” Bagaimana kalau tak boleh hapus pun
sekurang – kurang kita turun kan harga tol. Ini kaedah”,  terang beliau lagi.

Beliau turut mengajak ibu bapa yang hadir untuk sama-sama menjadikan  anak-anak sebagai pemimpin hebat di masa akan datang.

“Pemimpin – pemimpin hebat mereka berbincang tentang ‘vision’, tentang idea , pemimpin biasa bercakap tentang orang, orang tu salah, orang ni salah, kerajaan ini salah, kerajaan dulu salah, ini pemimpin biasa”, ujar beliau di majlis yang gilang gemilang itu.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Cikgu Abdul Razak Ibrahim merangkap Pengerusi PASTI tersebut.