Terengganu, Malaysia

Istimewa Majlis Walimah Wan Mohd Zulkifli

Suatu masa dahulu, pemberian ‘bunga telur’ atau telur ayam yang sudah direbus seolah-olah sesuatu yang ‘wajib’ sebelum para jemputan meninggalkan satu-satu majlis perkahwinan.

Namun, apabila harga telur melambung naik, hadiah tersebut ditukar kepada pelbagai bentuk.

Ada yang memberikan ‘gula-gula’ sebagai menggantikan telur rebus dan ramai juga yang menghadiahkan cenderahati yang lebih kekal berupa ‘surah Yasin’ dan sebagainya.

Majlis walimah yang berlangsung di kampung Padang Luar, Batu Burok dekat sini semalam Sabtu 16 Jun agak berbeza.

Sekeping gambar dihantar oleh seorang pengunjung majlis tersebut yang ‘teruja’ dengan cenderahati yang agak ‘unik’ diberikan oleh tuan rumah kepada para tetamu yang hadir.

Saudara Wan Mohd Zulkifli Wan Mansor, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung terbabit telah menghadiahkan senaskah akhbar ‘Harakah’ kepada setiap para hadirin.

Akhbar rasmi Parti Islam seMalaysia (PAS) edisi terbaru, Jumaat 15-17 Jun, yang memaparkan tajuk muka depan “Fitnah Bukit Kepong” diberikan Wan Zul, kepada setiap tetamu sebelum meninggalkan majlis perkahwinan anaknya.

Turut hadir dalam majlis walimah saudara Wan Zulkifli ialah Setiausaha Agong PAS, Dato’ Mustafa Ali bersama isterinya serta Ahli Jawatankuasa Mulsimat PAS Pusat Aiman Athirah Al-Jundi

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan