Israel Tiada Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

2357

Hubungan Malaysia-Israel adalah isu sensitif untuk umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan. “Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Kerajaan negeri Sarawak juga akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, sebagai sebuah negara yang bersatu keputusan tersebut harus dihormati.

PAS Sarawak juga menyokong sepenuhnya pendirian Malaysia untuk menghalang atlet Israel masuk ke Malaysia terutamanya ke Sarawak meskipun tujuan sukan.

Justifikasi mengapa Israel harus disekat adalah kerana kerosakan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Kerajaan Israel terus menguatkuasakan sekatan yang teruk dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin. Sarawak sebagai duta atau contoh negara perpaduan tidak sepatutnya menyokong diskriminasi.

Orang bukan Islam juga perlu peka dengan rakan-rakan Islam Sarawak. Ini adalah bukti semangat perpaduan di kalangan kita. Justifikasi semangat sukan tidak dapat diterima kerana kita rakyat Sarawak perlu peka dan menolak sebarang sokongan untuk diskriminasi. Ini adalah bukti bahawa kita menghormati antara satu sama lain di Sarawak.

Tiada kerugian bagi kita di Sarawak jika atlet Israel tidak boleh datang ke Sarawak kerana hanya negara Israel yang tidak dibenarkan. Kita masih boleh terbuka untuk negara-negara lain untuk sama-sama menyambut Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Manakala perpaduan antara kaum dan agama yang lebih penting di Sarawak yang harus dijaga.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Israel has no diplomatic relationship with Malaysia

Malaysia-Israel relations are sensitive issues for Muslims in Malaysia. Malaysia and most Islamic countries do not recognize Israel and have no diplomatic relations with Israel.

Recently, Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the Government remained in a position to disallow Israeli athletes competing at the 2019 World Para Swimming Championships in Kuching, Sarawak which took place from 29 July to 4 August. “Hence, the government will continue to take the most firm stand on this issue in protest against the ongoing occupation and persecution of Palestinians,” he said.

The Sarawak state government also complies with Prime Minister Tun Dr Mahathir’s decision regarding Malaysia’s stand that prevented the entry of Israeli athletes from the World Swimming Pool Championship in Sarawak. Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said the decision was in line with the national policy to bar the athletes.

Sarawak PAS is also fully supportive of Malaysia’s stand to prevent Israeli athletes from entering Malaysia especially to Sarawak, despite the aim of sports.

Justification of why Israel should be blocked is because of the damage and cruelty of Israeli regimes against the Palestinians. The Israeli government continued to enforce severe and discriminatory restrictions on Palestinians. Sarawak as ambassadors or states of solidarity should not support discrimination.

There is no loss for us in the state if the Israeli athletes cannot come to the state because only the state of Israel is not allowed. We can still open for other countries to jointly celebrate the World Swimming Championships 2019. The national unity and religion are more important in the state that must be maintained.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief