Ismail Haniyeh Rayu Bantuan Antarabangsa Memulihkan Gaza

747
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/KEROSAKAN%20GAZA.jpg

“Kami menggesa saudara-saudara Arab dan masyarakat antarabangsa untuk berdiri disisi rakyat Palestin dan Gaza dalam usaha kami membina semula dan memulihkan infrastruktur setelah dimusnahkan oleh pendudukan (Israel),”katanya kepada televisyen Reuters.

Haniyeh berkata, Gaza masih belum pulih sepenuhnya dari kemusnahan yang dialami dalam perang tiga minggu dengan Israel pada Disember 2008-Januari 2009.

Menurutnya para penderma menjanjikan kira-kira US$4.8 bilion untuk pembinaan semula Gaza pada tahun 2009 tetapi sedikit sahaja bantuan yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Selain itu katanya bantuan sebanyak $ 400 juta yang dijamin oleh Qatar hanya tiba beberapa minggu sebelum konflik terbaru pada 14 Novober lalu.

Israel dan pergerakan Hamas yang memerintah Gaza, bersetuju untuk gencatan senjata yang digubal Mesir dua minggu lalu untuk menamatkan perang lapan hari tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/KEROSAKAN%20GAZA1.jpgIsrael mendakwa, melancarkan serangan udara pada 14 November itu bertujuan menghentikan militan Gaza daripada menembak roket ke bandar-bandar di selatan Israel.

Serangan udara Israel itu telah mengakibatkan kira-kira 170 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, terkorban, manakala Israel mendakwa enam orang terbunuh dipihaknya, empat daripada mereka orang awam.

Jurucakap Pentadbiran Hamas Taher Al-Nono meletakkan kerugian langsung anggaran kerosakan harta benda dan kerugian perniagaan di Gaza ialah US$545 juta manakala katanya, kerugian tidak langsung adalah kira-kira US$700 juta.

Menurut Nono, 200 bangunan kediaman dan berpuluh-puluh pejabat-pejabat kerajaan telah dimusnahkan.

Omar Syaaban, Pakar Ekonomi Gaza menganggarkan kerugian langsung dari bangunan-bangunan yang musnah, kawasan keselamatan dan infrastruktur adalah sekitar US$ 250 juta, di samping sebanyak US$24 juta dalam kerugian tidak langsung akibat pemberhentian pengeluaran di kilang-kilang dan perniagaan kerana sengketa itu.

Syaaban menjangka Qatar akan menjadi antara yang pertama untuk menawarkan bantuan.

Manakala pemerintah regim Israel telah mengeluarkan tiada angka kerugian ekonomi semasa konflik, yang mengganggu hidup terutamanya di selatan negara haram itu, yang telah menggerakkan kira-kira 40,000 orang tentera rizab.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/KEROSAKAN%20GAZA2.jpgAgensi berita kewangan Israel memetik angka kerugian dianggarkan sejumlah kehilangan pengeluaran pada 0.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, atau 2 bilion shekel (US$518 juta).

Maklumat perniagaan firma BDI memetik, Kerosakan langsung akibat serangan roket Palestin yang melanda rumah, kereta dan kilang adalah kira-kira 25 juta shekel.

*** Pemberitahuan****Rombongan Misi Rehabilitasi dan Perubatan Yayasan Amal Malaysia akan bertolak ke Palestin pada 15 Disember 2012, InsyaAllah. Rayuan derma dan sumbangan untuk Gaza sedang giat di jalankan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/amalPalestin.jpg