Oleh : Rohayati Ripin (RR)
KUALA NERUS – Integriti ataupun kejujuran adalah sangat penting dalam melaksanakan amanah dalam sesebuah kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan kesihatan dan Alam Sekitar Dr Alias Razak berkata, semua pihak mestilah bertanggungjawab terhadap amanah.
“Kita daripada semua peringkat atas hingga bawah sedang menangggung amanah yang sangat besar daripada Allah dan rasul serta rakyat semua,
“Bukan sahaja di peringkat ketua kerajaan tetapi juga peringkat jentera,” ujarnya.


Katanya, dalam kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan dibantu oleh seluruh Exco memikul amanah dan tanggungjawab rakyat.
“Manifesto PAS yang kita janjikan itu adalah amanah yang akan diusahakan dengan melaksanakannya dengan sempurna,
“dan ada pihak yang mengatakan ianya bukan suatu perjanjian setaraf dengan Al Quran,


Menurutnya, beliau telah menyahut dan memegang amanah serta melaksanakan dengan sebaiknya.
“Alhamdulillah di peringkat kerajaan kita ambil satu perjalanan yang khusus dengan menubuhkan satu jawatankuasa khusus di peringkat tinggi kerajaan untuk mengkaji dan melaksanakan 20 manifesto,
“Walaupun kita tak pernah menjanjikan tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh sepenggal kita perintah ini kita akan laksanakan satu persatu mengikut jadual yang ditetapkan dan kaedah mengikut peraturan semasa,” jelasnya.




























