Insiden Ganas Di Jelajah Oren : Ada Pihak Semakin Tergugat

819
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/naraza.jpg

DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini.

DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan. Tujuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran. Ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.

Soalnya, mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia? Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya di halang masuk tanpa apa-apa insiden ganas? Apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut?

Aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat. Mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah promosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng, dan hilang akal. Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat.

Akhirnya, DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu. DPPM juga mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang pilihanraya umum ke 13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini. DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialamai oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia