Impian Menetap Dirumah Sendiri Menjadi Realiti

1581

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Penantian seorang ibu tunggal selama 12 tahun untuk tinggal di rumah sendiri yang lebih selesa, akhirnya menjadi kenyataan, selepas mendapat sebuah rumah hasil inisiatif PAS Dun Paka, menerusi Projek Baiti Jannati siap dibina di kampung sura Hujong secara gotong royong.

Impian Menetap Dirumah Sendiri Menjadi Realiti1Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga Adun Paka, Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat kepada Pn. Rosma Musa47 sekeluarga di sini.

Beliau berkata, dia amat bersyukur dan rasa macam bermimpi apabila impian mereka sekeluarga untuk tinggal di rumah sendiri tercapai dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang suasana kemiskinan keluarga kami yang kematian suami Marzuki Sulong sejak 12 tahun lalu akibat serangan jantong.

Menurutnya, dengan gaji RM900.00 sebulan berkerja sebagai tukang sapu di dalam kawasan pagar Uitm Dungun, dan bantuan JKM RM300.00 sebulan, tidak mencukupi untuk menyara enam anak termasuk empat orang masih belajar,

“Sementara menunggu rumah baharu yang disumbangkan oleh Adun Paka , Markaz Ehsan dengan kerjasama Pas Cawangan Sura Hujong siap, kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu bersama-sama 6 orang anak.

Impian Menetap Dirumah Sendiri Menjadi Realiti3PAS Dun Paka akan terus menjadikan kebajikan sebagai agenda utama walaupun tidak mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan, namun dengan keperihatinan PAS Dun Paka melalui Markaz Ehsan dengan kerjasama PAS Cawangan Sura Hujong maka rumah berkenaan dapat disiapkan dengan kos sekitar RM30,000.00.

Semenjak selepas pilihanraya ke-13 hingga sekarang PAS Dun paka telah berjaya menyumbangkan rumah kepada keluarga yang memerlukan sebanyak 14 buah melalui konsep gotong- royong.

Dengan pemberian sebuah rumah 3 bilik dan 2 bilik air, berkenaan sekurang-kurangnya ianya dapat memberikan semangat baru kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa.