Oleh : Abd Muhaimin
KUALA TERENGGANU – Badan bukan Kerajaan (NGO) Iman Care terus komited untuk membantu ‘saudara seakidah’ di peringkat antarabangsa dengan melaksanakan program korban dan akikah serta khidmat sosial.
Pengerusi Iman Care, Ustaz Mohd Nasrun Abdullah berkata, pada tahun ini, NGO itu menganjurkan Misi di Sudan, Sri Lanka, Vietnam, Filipina dan Kemboja.
Selain menyembelih korban daripada rakyat Malaysia untuk diagihkan kepada yang memerlukan, beliau berkata, Iman Care juga turut mengumpul wakaf Al-Quran bagi madrasah dan pondok pengajian Islam.
“Objektif kita yang utama sekali adalah menyelesaikan amanah korban yang telah di amanahkan kepada (kita) dalam masa yang sama,


“kita memberi bantuan wakaf Al-Quran di madrasah yang memerlukan sebagai contoh di Sudan yang masih banyak menggunakan papan-papan untuk tujuan pembelajaran al-Quran,” katanya.
Beliau berkata demikian setelah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada Sebtu, 25 Ogos.
Menurut beliau, walaupun berbeza budaya, bahasa dan sempadan yang memisahkan, Iman Care mengambil berat soal hubungan antara muslim agar dapat sama merasai merasai nikmat Allah.
Katanya, delegasi ke Filipina pada tahun ini diketuai oleh Pakar Kesihatan Keluarga Program Korban Dr Suhazeli Abdullah mewakili NGO Warga Cakna.


Justeru kata beliau, Iman Caremengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak lansung sepanjang kempen dan program yang diadakan.
“tidak lupa kepada pihak Sabasun hyperuncit, Persatuan Pelajar Malaysia Sudan serta wakil-wakil NGO setiap negara yang di jalankan,
“alhamdulillah, sebanyak 300 ekor lembu dan 150 ekor kambing telah di sembelih dan diagihkan pada tahun ini,” jelasnya.
Katanya, Iman Care akan menganjurkan misi bagi membantu pelarian Syria di sempadan Turki pada akhir Oktober nanti.






























