Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang telah berlangsung di Terengganu pada 2 – 4hb April merupakan satu manifestasi penting dalam memperkukuh kesatuan umat Islam merentas sempadan negara, bangsa dan latar belakang.
Ketua Dewan Muslimat PAS berkata, program mega itu berjaya menghimpunkan para peserta dari dalam dan luar negara, sekali gus membuktikan bahawa agenda perpaduan ummah tidak lagi bersifat tempatan.
“sebaliknya telah berkembang sebagai satu keperluan global dalam mendepani cabaran dunia masa kini, dalam suasana dunia yang semakin mencabar, disusuli konflik geopolitik,
“tekanan ekonomi serta pelbagai bentuk serangan terhadap nilai-nilai Islam, ijtimak ini tampil sebagai medan penting untuk menyatukan fikrah, memperkukuh ukhuwah serta menyelaras gerak kerja ummah di peringkat antarabangsa.,” tegasnya.
Menurut beliau, Himpunan tersebut bukan sekadar pertemuan, bahkan menjadi platform tarbiyah yang menyemai kesedaran bahawa kekuatan umat Islam hanya akan terbina melalui kesatuan saf, disiplin jemaah dan kesetiaan kepada prinsip perjuangan Islam.
“Perpaduan bukan satu pilihan, tetapi merupakan satu tuntutan. Tanpa kesatuan, umat akan terus berada dalam keadaan lemah, terpinggir dan mudah dipengaruhi oleh agenda luar yang merosakkan.” tegas beliau Dalam satu kenyataan media.
Justeru, beliau menyeru agar semua pihak menjadikan semangat Ijtimak ini sebagai pemangkin untuk memperkukuh jemaah, mempererat ukhuwah serta mengelakkan perpecahan yang hanya akan merugikan ummah.
Mari lah kita beriltizam bersama sama bergerak satu rentak dan langkah ,menyusun strategi dan Istiqomah bagi merealisasikan resolusi yang telah dicapai dalam Ijtimak Antarabangsa ini .” tambah beliau





























