Oleh : Cik Ana
KUALA TERENGGANU – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Ketiga yang berakhir Sabtu lalu, bukan sahaja menjadi satu medan meningkatkan ilmu dan kefahaman situasi seluruh umat masakini, bahkan menjadi ‘pasar’ kepada para peniaga Islam, mencari rezeki Allah.


“Alhamdulillah, anggaran orang yang menempah khat sekitar 350 hingga 400 orang………..yang paling ramai tempah ‘book mark’ (penanda buku),”ujarnya ketika ditemui, di gerai jualannya.
Katanya, harga ‘khat’ yang beliau jual, serendahnya RM4.00 sehinggalah kepada puluhan ribu, bergantung kepada ayat yang ditulis, jenis bahan dan masa yang beliau luangkan.
Beliau berkata, untuk ‘book mark’ saja, sudah 450 orang membelinya dan semua koleksi yang dihasilkan beliau ‘licin’ dijual sebelum berakhirnya Ijtimak.


Bekas pelajar Ma’ahad Darul Quran, Rusila itu, bukan sahaja seorang ‘Hafiz al-Quran’ bahkan memiliki Sijil dan Diploma Seni Mushaf.
“saya menimba ilmu seni khat di Yayasan Restu, masjid negeri Shah Alam Selangor, belajar dua setengah tahun disitu dengan perbelanjaan sebanyak RM27,000,
“saya sudah menceburkan diri selama 5 tahun dalam bidang seni khat ini,”ujarnya yang juga bertugas sebagai guru al-Quran di Institut al-Quran (IQ) negeri Terengganu.


‘Tauke’nya Muhammad Muzaini Mustaffa berkata, sepanjang Ijtimak berlangsung, gerai beliau telah menjual sebanyak 40 kilogram daging kambing dan 30 kilogram ayam sehari.
“ini kali perama saya jual pada program PAS………saya tak sangka dapat sambutan yang menggalakkan, Alhamdulillah, sat hari saya jual sekitar 40 kg kambing……ayam 30kg,”jelas beliau.
Syarikatnya, Bro Event Management, restoran ‘kambing bakar’ juga beroperasi sepenuh masa di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
“kedai ada di Kuala Ibai………….buka setiap hari dari jam 4 petang sehingga jam 10 malam……..harga kambing ‘grill’ RM 10 dan ‘Chicken Chop’ saya jual RM 8.00,”tambahnya.





























