Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu; Perkukuh Tarbiyah Pertingkatkan Perjuangan

1669

Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu memaklumkan bahawa, PAS akan mengadakan satu Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu secara besar-besaran yang akan diadakan pada 18 dan 19hb April ini, di Kemasik, Kemaman.

Program tersebut akan menjadi perhimpunan kepimpinan pelbagai peringkat di negeri Terengganu, dengan semua jentera diharapkan akan dapat menghadirinya, bagi kita untuk mendapat tunjuk ajar daripada pimpinan dan khususnya daripada Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri.

ijtimak kepimpinan pas terengganu 2014cMeletakkan garis panduan kerja kita sepanjang kita menghadapi perjuangan dalam PAS dengan tema yang kita letakkan, ‘Perkukuhkan Tarbiah, Tingkatkan Perjuangan’, dengan hasrat pimpinan kita memahami teras perjuangan PAS ini sendiri, yang meletakkan Islam sebagai perjuangan, dan mencari keredhaan Allah dan berusaha menegakkan syariah Islam di Terengganu.

Maka menjadi teras akar umbi, yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) semenjak 14 abad yang lalu, iaitu proses pentarbiahan yang merupakan sumber kekuatan dalam PAS sendiri, yang meletakkan kefahaman ilmu dan juga dalam cara menyampaikan dakwah dalam parti kita.

Dalam tempoh ini, kita nak memperkukuhkan tarbiyah di semua peringkat sebab dengan kefahaman dan tarbiyah itu, sebagaimana Allah sebut, merupakan proses nabi itu untuk membacakan ayat Allah Taala dan mendidik mereka tentang Al-Quran, meskipun, dahulu mereka ada dalam keadaan kejahilan yang sejahil-jahilnya.

Inilah asas kita dan ini merupakan kekuatan ahli di semua peringkat, kita akan melonjakkan perjuangan kita bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Satu tahun sudah berlalu (sejak PRU lalu), kita akan mengerakkan lonjakan bagi ‘road map’ kita untuk menawan Terengganu. Kita hanya kekurangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri, dari 32, kita mempunyai 15 DUN. Dalam Dewan UndanganNegeri, kita merupakan pembangkang yang terkuat.

InsyaAllah dengan sokongan masyarakat , kita akan mencapai kemenangan di masa akan datang. Kita berharap agar semua jentera parti turun dalam mengambil susun atur kerja bagi memperkasakan matlamat kita. Kita juga menjemput tokoh-tokoh pempinan pakatan rakyat dan pas untuk memberi ucapan dalam program kita.

YB Hj Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Paka
11 Jamadil-Akhir, 1435H bersamaan 11 April, 2014