Beliau selaku Pengarah Ijtimak tersebut berkata Menteri Besar Negeri Kedah Dato’ Seri Azizan Razak telah memberi persetujuan perkara tersebut semalam.
“Ijtimak dan Munajat Perdana yang akan di buat telah diputuskan semalam, Ustaz Azizan (MB Kedah) setuju ‘comfirm’ (sah) akan diadakan di Stadium Darul Aman,
“Stadium bolasepak pada 1hb Jun, ada acaranya (yang akan dirancang) saya selaku pengarah akan memanggil mesyuarat semua (wakil) negeri-negeri,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan semua wartawan di Pejabat Agong PAS, Jal;an Raja Laut, dekat sini pada Isnin 14 Mei.
Menurutnya, program bermula selepas solat Jumaat dengan ucapan amanat yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, amanat kedua-dua pemimpin utama tersebut adalah khusus kepada pemimpin PAS Peringkat negeri dan pusat.
“Amanat khas, Mursyidul Am dan Presiden PAS kepada pemegang jawatan (pemimpin) akan dibuat di Stadium Tertutup Suka Menanti,
“(pada sebelah) malamnya majlis Munajat dan ceramah Perdana, dan InsyaAllah akan ada perisytiharan oleh ‘masuk PAS’ oleh (beberapa) tokoh,”jelasnya.
Oleh itu, beliau berharap liputan besar-besaran akan dibuat oleh pihak media, khususnya oleh wartawan dan media PAS.
Katanya, selepas 17hb Jun, beliau akan mengadakan satu sidang media menghebahkan Ijtimak tersebut yang menjadi wajib kepada semua ahli dan penyokong PAS untuk menghadirinya.
Semalam, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan
Penangguhan tersebut akan digantikan dengan satu himpunan besar-besar Ijtimak dan Munajat Perdana, yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.
Turut hadir dalam perjumpaan bersama wartawan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pengarah Harakah, Ahmad Lutfi Othman
http://www.youtube.com/watch?v=ZgT5nhm-AGg








