Hujan Bukan Ujian Tapi Tarbiyah

4661

Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Walaupun hujan lebat turun sewaktu Majlis Perasmian Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA) 1.0, pasukan Ameerah dan Briged Muslimat Terengganu yang sedang berbaris sedikit pun tidak bergerak.

Komandernya, Nur Khairiah Khairudin berkata, ia tambah menguatkan semangat kepada beliau dan para ahli pasukannya yang mengambil tugas pada pagi itu.

“Pada mulanya saya bagi arahan masuk baris cuaca hujan rintik, tapi tidak lama selepas itu hujan lebat mengiringi kami,

“namun ia tidak melemahkan bahkan menguatkan lagi semangat pasukan kami  untuk terus istiqamah sehingga tamat pembarisan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Himpunan tersebut, di perkarangan Masjid Pengadang Baru, dekat sini semalam, Sabtu 11 Februari.

Bahkan beliau menyifatkan hujan itu adalah satu rahmat Allah yang meningkatkan tarbiyah kepada semua anggota yang berdiri di lapangan itu.

“hujan tadi bukan ujian tapi tarbiyah buat kami. Ia hanya tarbiyah kecil jika dibandingkan dengan kita bakal berhadapan dengan musuh, ’tegasnya.

Menurut beliau kekuatan pembarisan tersebut terdiri daripada 39 orang anggota.

HAMRA 1.0 mencatat sejarah apabila julung-julung kalinya diadakan dan berjaya menghimpunkan ribuan petugas Muslimat muda PAS.

Kira-kita seramai lebih 2,000 orang hadir sepanjang program seharian yang diadakan dengan pelbagai acara.

Himpunan Muslimat Muda yang pertama itu diadakan ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat.