Human Rights Watch (HRW) telah menyatakan dengan tegas dalam satu laporan, basukan keselamatan Myanmar melakukan ‘rogol meluas’ terhadap wanita dan gadis-gadis Rohingya sebagai sebahagian daripada kempen pembersihan etnik di negeri Rakhine.
Seorang gadis Rohingya berusia 15 tahun, memberitahu HRW bahawa tentera melucutkan pakaiannya sehingga ‘telanjang’ dan mengheret beliau keluar dari rumahnya ke pokok berdekatan, di mana kira-kira 10 lelaki merogolnya.
“Mereka meninggalkan saya di mana saya berada…..ketika abang dan kakak saya datang untuk mendapatkan saya, saya telah terbaring di atas tanah, mereka fikir saya sudah mati,” kata gadis itu yang berasal dari kampung Hathi Para di daerah Maungdaw.
Beliau adalah salah seorang daripada 52 pelarian wanita yang ditemuramah, untuk laporan yang telah diterbitkan pada hari Khamis oleh badan hak asasi berpangkalan di New York.
Tentera Myanmar sebelum ini telah mengeluarkan satu laporan yang menafikan semua tuduhan rogol dan pembunuhan oleh pasukan keselamatan yang diistilahkan sebagai ‘tidak masuk akal’ oleh kumpulan hak asasi manusia.

Lebih daripada 600,000 majoriti Islam Rohingya telah terpaksa mencari perlindungan di negara jiran Bangladesh, apabila rumah-rumah dan harta benda mereka telah musnah kebakatran dalam serangan sejak Ogos 25.
Beratus-ratus daripada mereka juga telah dibunuh oleh tentera Myanmar dan perusuh Buddha.
Laporan itu juga memetic, ramai mangsa-mangsa rogol melaporkan penderitaan yang mereka alami ‘berjalan dengan kemaluan bengkak dan koyak’ ketika melarikan diri ke Bangladesh.
Pramila Patten, utusan khas PBB mengenai keganasan seksual dalam konflik, berkata keganasan seksual yang berlaku adalah diperintahkan, dirancang dan dilakukan oleh Angkatan Tentera Myanmar.
Mangsa dan saksi juga memberitahu Al Jazeera, daripada wanita dan kanak-kanak perempuan yang dirogol kemudian dikunci di dalam rumah-rumah yang dibakar.
Mereka telah menceritakan cerita penyeksaan yang pelbagai, dibogelkan dan lain-lain kekejaman dan tindakan penghinaan.
“Rogol telah menjadi ciri utama dan dahsyat dalam kempen tentera Burma untuk pembersihan etnik terhadap Rohingya,” kata Skye Wheeler, pegawai penyelidik kecemasan dan hak-hak wanita di HRW dan penulis laporan itu.
Laporan HRW juga berkata, tentera merogol para wanita dan kanak-kanak perempuan kedua-dua semasa serangan utama di kampung-kampung dan pada minggu-minggu sebelum serangan, selepas berkali-kali mengganggu wanita Rohingya dan kanak-kanak.










