Hishamuddin Tidak Bertanggungjawab, Tidak Layak Menjadi Menteri

736
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/ceramah%20pr%20GTN.jpg

Menurutnya kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan selama ini adanya ‘tangan-tangan hitam politik’ yang menahan atau mengarah pihak polis diraja Malaysia tidak memberikan kerjasama profesional

“bayangkan ini (kenyataan itu) keluar atau tercetus dari mulut menteri sendiri, saya rasakan benar-benar sudah tidak ada harapan untuk suatu perubahan,

“Hishamuddin patut letak jawatan diatas (kerana) kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertanggungjawab,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli parlimen Lembah Pantai berkata kenyataan Hishamuddin tersebut tidak mungkin diterima pakai di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Oleh itu beliau meminta Hishamuddin menjawab, adakah beliau terlibat dengan serangan-serangan berulang  yang  dilakukan  terhadap program Pakatan Rakyat.

“soalan yang saya timbulkan adakah beliau (Hishamuddin) terlibat dengan serangan-serangan yang berlaku dari satu negeri ke satu negeri lain,

“kerana (serangan tersebut) Nampak terlalu terancang, kenyataan (yang dikeluarkan) cara jawapan (yang diberikan respon kepada serangan),

“saya fikir ini wajib dijawab (oleh Hishamduddin),”soalnya.

Beliau berkata demikian dalam ketika sidang media selepas majlis Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Kampung Gong Tok Nasek, dekat sini, Jumaat malam 14 September.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuas a PAS Pusat Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, siri serangan yang dilakukan adalah sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat dari memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

“ini secara jelasnya taktik mencetuskan ketakutan khasnya di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat supaya mereka akan enggan atau pun takut untuk keluar memberikan sokongan secara terbuka,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kenyataan Hishamuddin sebagai kenyataan seorang menter yang sangat tidak bertanggungjawab.

Turut sama menyampaikan ceramah dan hadir dalam siding media tersebut adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang juga ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi  dan  Koordinator Amanah Terengganu Datuk Raja KamarulBahrin Shah

***Ikuti rakaman ceramah dan sidang media Ceramah Pakatan Rakyat Gong Tok Nasek di Buletinonline Channel