Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran Ngo-Ngo Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut :


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan Umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.
Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.


Marilah kita sama – sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi regim yang kejam.
Sekian.
Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

























