Himpunan Bantah Hak Asasi Manusia

1662

Berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, Kerajaan Persekutuan akan *meratifikasi enam perjanjian (treaty) berkaitan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Suku Pertama tahun 2019.*

2. Komitmen untuk melaksanakan hal tersebut juga dikatakan selaras dengan *manifesto Pakatan Harapan.*

3. Setelah PAS memperincikan beberapa maklumat berkaitan enam perjanjian tersebut, banyak perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan akan terancam terutamanya mengenai _International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) dan International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)._

4. Isu-isu *kebebasan untuk murtad* serta *penghapusan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera* akan tergadai sekiranya negara meratifikasi perjanjian-perjanjian ini.

5. Tambahan pula, semua peruntukan perjanjian akan tertakluk kepada kehendak PBB. *Negara akan terikat*, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung.

6. Oleh itu, Jika kerajaan meneruskan hasrat mereka, maka *PAS bertekad untuk melancarkan satu bantahan secara besar-besaran* dan akan mengadakan *Himpunan Bantah Pengiktirafan Hak Asasi Manusia Acuan Barat* dalam masa terdekat.

Islam Memimpin

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.