Dengan Tema Orang Mude Geng Kite, objektif program ini adalah untuk mengumpul seramai mungkin jentera pemuda di seluruh cawangan dan untuk memberikan semangat menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Program ini juga menglibatkan masyarakat luar yang akan hadir bagi menyaksikan kekuatan roh perjuangan pemuda di dalam DUN yang dimiliki oleh PAS.
Selain itu juga pihak Penyelaras Pemuda Dun Rhu Rendang menjadikan agenda program ini sebagai acara tahunan bagi memudahkan orang muda rapat dan mengenali saf kepimpinan Pemuda dan berkongsi masalah serta isu semasa bagi peringkat pengundi muda.
Program akan dimulakan dengan Ceramah Perdana pada Jumaat malam yang akan dibarisi oleh Presiden PAS, dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Ustaz Saiful Bahri Mamat dan arkitek yang terkenal iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin juga merupakan Koordinator Angkatan Amahah Rakyat Terengganu.
Majlis perasmian akan diadakan keesokan harinya yang akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah , beliau juga akan melancarkan Alternative Cycling Cub (ACC) peringkat Pemuda Dun Rhu Rendang yang sebelum itu dimulai dengan Kuliah Dhuha.
Pelbagai acara sampingan yang menarik sepanjang karnival berlangsung seperti pertandingan lumba basikal, bolasepak pantai, pertandingan playstation, kaki bola, sukaneka, mewarna PASTI, perubatan kesihatan Darul Syifa’ dan Rawatan Kesiahtan Percuma dan pelbagai lagi yang menarik.
Acara kemuncaknya ialah pada malam tersebut iaitu Bicara Selebriti yang akan dihadiri oleh 2 selebriti terkenal tahanair Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree ( Rancangan Tanyalah Ustaz TV9) dan Abby abadi ( Pelakon & Penyanyi) yang dijangka menarik ribuan hadirin bagi melihat perubahan yang telah berlaku pada artis tersebut.
Kami mengharapkan seluruh anak muda di Marang dan masyarakat sekitar turut serta bagi memeriahkan program ini.
Mohamad Aswadi Bin Mohamad
SETIAUSAHA PENYELARAS PEMUDA
DUN RHU RENDANG.











