SETIU – Anak-anak muda diberi ingatan supaya berhati-hati mempelajari ilmu agama menggunakan bahan-bahan atas talian (online) terutamanya melalui ‘you-tube’.
Naib Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Adam Said berkata, golongan muda perlu meneliti dan jangan menerima ‘bulat-bulat’ bahan tersebut, supaya tidak mendapat maklumat yang kurang tepat.
“belajar agama dari internet dan you-tube itu hukumnya harus, tapi perlu melihat siapa penyampainya dan menyaring maklumat serta ilmu yang disampaikan,


Pengasas Pondok Nurul Iman Besut itu berkata demikian ketika ditemui k menyampaikan takirah pada Majlis Iftar, di Pusat Tahfiz An-Nur, di Sungai Tong, dekat sini pada Khamis 22 Jun.
Beliau turut menasihatkan orang-orang muda agar jangan malas menuntut ilmu agama.


Turut sama dalam Majlis tersebut ialah Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor, pengasas pusat Tahfiz An-Nur.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang telah memberikan sokongan dan infaq kepada pembinaan asrama pelajar perempuan pusat tersebut.


“dan kami masih memerlukan dana untuk menyiapkannya, secepat mungkin…..in sya Allah, sebelum hujung tahun, kita cuba sudahkan,” kata beliau.






























