Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) menggesa agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan menyeluruh isu perlombongan bijih besi di Bukit Besi kerana banyak ‘tanda soal’ yang menjadi kemusykilan orang ramai dalam pengurusan hasil bumi negeri ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu jumlah bijih dikeluarkan sekitar 600,000 tan pada tahun 2013 dan 300,000 tan pada tahun 2014.
Maklumat yang GANTI perolehi jumlah tersebut jauh melebihi dari apa yang dinyatakan kerana bijih besi dari kawasan perlombongan itu sudah diangkut keluar sejak tahun 2008 lagi.


Yang menariknya kuantiti yang besar bijih besi yang telah menjadi ‘stokpile’ sejak zaman Jepun dilaporkan menjadi ‘kerja mudah’ untuk angkut keluar sahaja diawal-awal operasi.
Persoalannnya, berapa jumlah yang sebenarnya telah diangkut pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012?
Ketika itu harga pasaran bijih besi mencecah USD190 setan.
Oleh itu, GANTI menegaskan supaya MB dan kerajaan negeri menjelaskan sebenarnya berapakan hasil yang dikeluarkan dari operasi perlombongan tersebut.
Berdasarkan jumlah 900,000 tan yang dinyatakan oleh kerajaan dengan royalti 5% dan harga pasaran purata USD120 tan sebagaimana dilaporkan akhbar The Star, adalah tidak munasabah kerajaan hanya mendapat hasil RM1.6 juta sahaja.
Pengiraan congak secara mudah, apabila 900,000 tan dikleuarkan dengan harga USD120 setan kerajaan negeri sekurang-kurangnya mendapat hasil sebanyak RM18.9juta
Justeru, GANTI memohon penjelasan kerajaan negeri dan pihak SPRM memulakan siasatan dengan segera!
Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
6hb Disember 2014



























