Manusia sebagai mahkluk Allah yang diamanahkan sebagai khalifah pentadbir muka bumi ini perlu menguruskannya dengan bijaksana dan berhemah agar kesejahteraan ini berpanjangan dan tidak berlaku kerosakkan hasil dari tuaian tangan-tangan manusia sendiri.
Laut antara anugerah Allah kepada manusia yang tak ternilai. Apatah lagi apabila merujuk kepada nisbah 2/3 muka bumi kita adalah lautan. Di sinilah sumber rezeki para nelayan, di dasarnya tersimpan khazanah emas hitam yang bernilai tinggi, mutiara yang indah, keindahan panorama di dasarnya, pulau-pulau dengan pemandangan yang memukau, laut juga adalah medium pengangkutan , dengan perantaraannya banyak benua dihubungkan dan pelbagai lagi nikmat dari anugerah Allah yang bernama lautan mampu disenaraikan.
Kepentingan laut kepada alam semesta dan kepada hidup manusia diletakkan oleh Allah tidak kurang dari 23 tempat atau ayat dalam kitab suciNya al-Quran al-Karim yang menyebut tentang laut atau lautan sperti dibawah;
1. al-Baqarah 50
2. al-An’am 59
3. al-An’am 97
4. al-A’raf 138
5. Yunus 22
6. Ibrahim 32
7. an-Nahl 14
8. al-Isra’ 67
9. al-Isra 70
10. al-Kahf 60
11. al-Kahf 61
12. al-Kahf 61
13. al-Kahf 63
14. al-Kahf 109
15. al-Kahf 109
16. al-Hajj 65
17. ash-Shu’ara 63
18. an-Naml 63
19. al-Jatshiya 12
20. ar-Rahman19
21. ar-Rahman 24
22. at-Takwir 6
23. al-Infitar 3


“Telah zahir kerosakkan di darat dan di lautan, hasil dari tuaian tangan-tangan manusia…”
Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini dan sempena sambutan ‘Hari Laut Sedunia’, KAMI telah bersama-sama dengan komuniti masyarakat Pulau Redang pada 6, 7 dan 8 Jun 2013 lalu, menyelami pahit getir kehidupan masyarakat yang menjadikan laut sebagai medium dan sumber mata pencarian. Sungguh anugerah Allah ini tersangat agung.
KAMI menyarankan kerajaan-kerajaan negeri khususnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Laut Sedunia sebagai hari peringatan (Yaum al-Zikr) mengingatkan kebesaran Allah dan mempertingkatkan aqidah dan taqwa kepada Allah, menuju kepada kemanusiaan yang lebih baik!
Dr. Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu
Merangkap
Ahli Jawatankuasa Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat




























