Harga Getah; Lima Saranan Pemuda PAS

6556

A. Penentuan Harga SMR 20

Penentuan harga pekebun kecil getah adalah mengikut harga getah SMR20. Ia boleh dirujuk kepada laman web Lembaga Getah Malaysia http://www.lgm.gov.my. Penentuan harga getah SMR20 adalah mengikut harga yang ditawarkan oleh 11 syarikat berikut :

SMR 201. Centrotrade Commodities Malaysia Sdn Bhd
2. Felda Rubber Industries Sdn Bhd
3. Hock Hin (Muar) Rubber Co Sdn Bhd
4. Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd
5. Kuala Pilah Rubber Factory Sdn Bhd
6. Lee Rubber (Selangor) Sdn Bhd
7. Mardec Processing Sdn Bhd
8. R1 International Malaysia Sdn Bhd
9. Seng Hin Rubber (M) Sdn Bhd
10. Teh Ah Yau SMR Rubber Factory Sdn Bhd
11. Tiong Huat Rubber Factory Sdn Bhd

Pihak Lembaga Getah Malaysia(LGM) hanyalah menentukan purata harga tawaran belian getah daripada 11 syarikat di atas. Purata inilah yang dijadikan harga getah harian SMR20. Pihak LGM sebagai mewakili kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengesahkan samada harga tawaran yang di berikan oleh syarikat mengikut harga pasaran sebenar ataupun tidak. Sepatutnya LGM diberi kuasa untuk membuat semakkan terhadap dokumen kontrak jualan getah sesebuah syarikat.

Berdasarkan semakan harga SMR20 pada bulan Januari, Februari dan Mac 2014 terdapat hanya 3 syarikat yang menawarkan harga di atas purata berbanding 8 syarikat yang menawarkan harga di bawah purata. Semakin rendah tawaran dan semakin banyak syarikat yang menawarkan harga rendah maka semakin rendahlah purata harga SMR20. Apabila harga SMR20 rendah maka pekebun-pekebun kecil akan menerima harga yang rendah.

Perbezaan antara tawaran harga daripada syarikat yang paling tinggi dengan yang paling rendah juga ketara iaitu pada bulan Januari sebanyak 64 sen, Februari sebanyak 51 sen dan Mac sebanyak 44 sen bagi setiap kilo SMR 20.

getah bekuB.Penentuan Harga Pekebun Kecil

Pekebun kecil seumpama tempat pelupusan beban pengilang dan kerajaan apabila mereka terpaksa menangung kos proses kilang, kos penyelidikan dan kos tanaman semula. Berikut adalah kaedah kiraan SMR20 yang diperkenalkan oleh LGM.

Contoh pengiraan harga getah SMR20 :

Harga SMR20(FOB) pada 28hb Mac 2014 : RM6.20
Tolak (-)
SES
– Penyelidikan : RM0.04
– Tanaman Semula : RM0. 10

Kos Proses/Kos Kilang (tidak ditetapkan kerajaan) : RM1.40

Harga tawaran kilang(100% DRC) : RM4.66

Harga tawaran pekebun kecil(50% DRC) : RM2.33

SuhaizanC.Harga Getah Pekebun Kecil Di Bawah Paras Kos

Mengikut LGM harga modal bagi satu kilogram cuplump adalah RM2.80 dan mengikut Memorandum Pekebun Kecil Getah Generasi Ke-2 Kampung Nyalas Melaka adalah RM3.21. Jika mengikut harga modal yang ditetapkan oleh LGM pun pekebun kecil sudah rugi RM0.47 bagi setiap kilogram cuplump.

D. KESIMPULAN

Berasaskan kepada pendedahan di atas maka pihak Kerajaan didesak ;

1. Memberi kuasa kepada LGM mendapatkan dokumen kontrak syarikat yang menjadi rujukkan harga purata getah.
2. Menetapkan harga lantai yang munasabah bagi pekebun kecil getah.
3. Menetapkan harga kos atau harga kilang pada aras RM1 bagi setiap kilogram getah
4. Mengkaji kesesuaian pekebun menanggung kos penyelidikan dan kos tanaman semula dalam keadaan harga getah yang sangat rendah.
5. Memberi bantuan-bantuan jangka pendek kepada pekebun-pekebun kecil getah seluruh Negara.

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA