Harga Barang Keperluan Naik; Petrol, Diesel Naik 5 sen

1077

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/BN.jpgHarga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

– Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.

– Petrol RON 97 – RM2.10 seliter.

– Diesel – RM1.75 seliter.

– Gula – RM1.70 sekilogram

– Gas LPG – RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sumber rasmi kenyataan kerajaan terhadap perkara diatas belum dikenalpasti.

Berita kenaikkan harga ini dikeluarkan akhbar internet Malaysiakini, yang menyenaraikan senarai kenaikkan diatas.

Di Alor Setar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hanya menekankan semula keperluan kerajaan mengurangkan subsidi.

Najib dilaporkan berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan dipetik Berita Harian Online berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Kenaikan harga ini adalah mungkin berikutan cadangan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala ketika membentangkan cadangan rasionalisasi subsidi pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 27 JMei lalu

Idris mengemukakan perkara tersebut dikemukakan setelah pihaknya dikatakan menjalankan kajian terhadap impak subsidi ke atas ekonomi global.

“Kita mencadangkan agar harga petrol (RON 95) dinaikkan sebanyak 15 sen daripada RM1.80 seliter kepada RM1.95 seliter antara Jun dan Disember tahun ini.

“Manakala, bagi diesel pula, harga yang telah disubsidi ialah RM1.70 dan kita mencadangkan supaya harganya dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM1.80 seliter,” katanya.

Tambahnya, langkah yang tidak popular itu terpaksa diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.