HARAP-PGU 3.7; Muslimat Kuala Nerus Diseru Turun Beramai-Ramai

2158

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Semua ahli dan penyokong PAS terutamanya dikalangan muslimat Kuala Nerus diseru agar sama-sama turun memeriahkan program Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno (HARAP-PGU 3.7) yang akan diadakan pada 27-29 Julai 2017 depan.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Hajah Fadhilah Mohamad (Gambar bawah, tengah) berkata, kehadiran kita semua ke program tersebut sangat penting bagi menyatakan dan menzahirkan sokongan kita terhadap program-program yang dianjurkan oleh PAS disamping menunjukkan kekuatan iman kita dalam menyahut serta melaksanakan arahan pimpinan disemua peringkat.

“Muslimat digesa menghadiri kesemua program yang berlangsung salama tiga hari itu kerana pelbagai program yang menarik diisi didalamnya,

“Antaranya Santai Anak Muda Bersama UAI pada hari Jumaat, Bicara Muslimat pada hari Sabtu yang juga akan mengupas isu-isu berkaitan kaum hawa,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Dun Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam, disini.

Menurutnya, acara yang paling ditunggu-tunggu setiap kali program Harap diadakan ialah Langkah Harap.

“Saya tahu ramai pengunjung yang meminatinya (Langkah Harap) pada hari Sabtu . Melangkah 10,000 ribu langkah ini amat bagus terutama kepada pengunjung-pengunjung yang bakal memunaikan ibadat haji pada tahun ini,

“Kerana ia boleh menjadi satu persedian buat mereka didalam mengerjakan ibadat-ibadat haji disana,

“Terutamanya ibadat Sa’ie yang memerlukan kekuatan dan ketahanan mental serta fizikal,” jelas beliau.

Justeru katanya, banyak lagi kebaikan –kebaikan yang bakal kita perolehi bila kita hadir ke progam ini yang sukar untuk saya nyatakn semuanya.

Saya menyeru kepada semua sekali lagi, ‘ ayuhlah’, datang beramai- beramai pada tarikh yang tertera,

“Untuk mendapatkan sebanyaknya info -info yang berkait dgn parti kita(PAS), sementelah pula kita dah tak lama nak mnghadapi Pru ke14, sudah tentu mklumat –maklumat terbaru berkaitannya akan kita dapat, insyaaAllah,” kata beliau.