KUALA TERENGGANU – Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Keenam (HARAP-PGU 3.6) akan diadakan di bandar Kuala Berang pada 18, 19 dan 20 Mei 2017.
Pengarah Himpunan Haji Yahaya Ali mengajak orang ramai khususnya penduduk daerah Hulu Terengganu untuk hadir beramai-ramai ke pogram tersebut yang akan diadakan di kawasan lapang, beralamat di No. 385, Jalan Ajil – Kuala Berang, Kampung Batu 24, 21700 Kuala Berang.
“program tiga hari tiga malam ini akan dipenuhi dengan pelbagai program termasuk majlis ceramah,


“ziarah masyarakat, rawatan perubatan, riadhah Langkah Harap, karnival usahawan dan lain-lain program,” ujarnya.
Beliau berkata, walaupun Himpunan ini bermula pada hari Khamis malam, majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Timbala Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pada pagi Sabtu, 20 Mei.


“Program HARAP-PGU 3.6 ini adalah peluang terbaik kepada ahli dan penyokong PAS yang baru mendapat suntikan muktamar di Kedah untuk diterjemahkan bagi menjayakan program ini,
“dalam konteks budaya politik matang dan sejahtera dan dengan tema ‘PAS Harapan Semua’ (HARAP) serta slogan ‘PAS Ganti Umno’ (PGU),
“kita mengharapkan masyarakat melihat dan menilai perjuangan PAS dengan pandangan yang lebih positif dan mampu menjadi ‘Kerajaan Menanti’ selepas pilihan raya akan datang,” jelas beliau.


“jualan kupon yang sedang beredar di seluruh cawangan-cawangan dapat dimanfaatkan oleh ahli dan penyokong PAS untuk membiayai program besar ini,” tambah beliau.
Sebelum ini HARAP-PGU 3.5 telah diadakan di Kampung Raja Besut, menbadap sambutan hangat dengan dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung.





























