SETIU – Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS) khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sudah bersedia dan berikrar untuk menjadi tuan rumah Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno yang terbaik.
Menurut Ketuanya, Ustazah Wan Ramlah Abd Rahman muslimat berikrar akan menjadikan penganjuran terakhir HARAP ini sebagai yang terbaik dalam penganjurannya.
“Kami (muslimat) sudah bersedia untuk menerima kehadiran peserta seluruh Negeri dan akan membantu menjadikan program ini berlangsung dengan meriahnya.
“Kami bukan pelengkap kepada penganjuran ini dan anda yang hadir pasti akan menjadikan HARAP kali ini sebagai satu kenangan dan sejarah di antara program yang telah di anjurkan,” katanya yakin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas program yang berlangsung kurang dua minggu lagi, di Kampung Pengkalan Atap, pada 27 – 29 Julai ini.


Katanya. mereka akan menjadi satu suntikan bagi petugas parti untuk meneruskan momentum gerak kerja menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU 14) nanti.
“selain itu kita telah menggempur kehadiran muslimat di seluruh Unit Peti Undi (UPU) di Setiu untuk hadir termasuk di semua program berkala yang kita adakan untuk mempertingkatkan ukhwah bersama puluhan ribu orang yang akan hadir nanti.” katanya lagi.
Beliau mengesahkan kehadiran YB Ustazah Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang di anggap sebagai ikon muslimat pada program santai yang akan di adakan nanti.
Sehubungan itu, Wan Ramlah menyeru kepada semua wanita dari pelbagai umur untuk hadir bersantai bersama keluarga di sepanjang tiga hari dua malam itu.
“menyertai Himpunan terbesar rakyat Terengganu sambil mendapatkan maklumat dan gambaran jelas terhadap situasi politik terkini tanah air dari pimpinan tertinggi PAS yang di akui oleh semua rakyat Malaysia kini,” tambah beliau




























