Hapus PTPTN Tidak Relevan : Kerajaan BN Lemah

726

hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Kenyataan beliau menunjukkan bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak layak memerintah negara. Seharusnya, tidak berbangkit isu IPTA perlu diperbanyakkan manakala IPTS pula akan gulung tikar kerana banyak langkah lain boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Sepatutnya, kerajaan melihat permasalahan yang lebih utama iaitu bebanan yang ditanggung oleh pelajar kerana hutang PTPTN.

Bagi DPPM, kenyataan Datuk Seri Mohamed Khalid menandakan bahawa kerajaan BN sememangnya tidak prihatin dengan permasalahan pelajar. Jika beliau menganggap pemansuhan PTPTN akan membebankan kerajaan, apakah kerajaan pula tidak memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pelajar dan anak-anak muda kerana tanggungan hutang pelajaran mereka. Kerajaan perlu berfikir bagaimana nasib pelajar-pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian tinggi, serta tidak layak mendapat biasiswa. PTPTN adalah penyambung hayat pengajian mereka tetapi dalam masa yang sama PTPTN pula menjerut mereka.  

Pendidikan percuma adalah perkara asas yang mesti disediakan oleh kerajaan tanpa mengira kelas yang diperolehi oleh pelajar tersebut. Semua pelajar berhak mendapat pendidikan percuma bagi menampung keperluan hidup mereka di masa hadapan. Pendidikan percuma adalah suatu pelaburan kepada negara kerana pelajar-pelajar inilah nantinya yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Justeru, jika kerajaan masih menganggap pemansuhan PTPTN sebagai tidak relevan, kerajaan sebenarnya gagal menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada anak-anak muda. Jika demikian, Kerajaan perlu akur dan mengaku kalah kepada Pakatan Rakyat yang boleh menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Anak muda pula tidak lagi boleh bergantung harap kepada BN kerana mereka tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh anak-anak muda sekarang. Sebaliknya, anak-anak muda diseru beralih kepada Pakatan Rakyat, kerana komitmen Pakatan Rakyat, apabila berjaya menerajui Putrajaya antara janji utama adalah untuk menghapuskan PTPTN!

 

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia