‘Hantu’ Kampung Pandan; Mustahil SPR Tidak Terlibat!!!

653

Katanya Pada 25 Mei lepas, Pejabat ini mendedahkan bahawa untuk 3 jalan di Kg Pandan terdapat peningkatan pengundi yang luar biasa dari tahun 2007 hingga 2011. Lebih 300 pengundi baru telah didaftarkan di jalan-jalan itu dan ramai penghuni rumah tidak mengenali pengundi-pengundi yang telah didaftarkan di alamat rumah mereka.

“Bagi mendaftarkan pengundi kepada sesuatu alamat, MyKad pengundi tersebut mestilah menyatakan alamat itu. Oleh itu, untuk mendaftarkan beratus-ratus pengundi ke alamat-alamat di Kg Pandan, kesemua mereka mestilah menukar MyKad mereka,”

“Tetapi adalah mustahil bagi mereka sebagai individu untuk menukar MyKad mereka beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, ada kemungkinan pengundi-pengundi tersebut mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu,”dakwa beliau dalam satu kenyataan kepada pihak media semalam

Setakat ini, kata beliau, yang telah didedahkan adalah untuk 3 jalan dan melibatkan lebih 300 pengundi. Tetapi ia mungkin melibatkan lebih ramai pengundi di daerah-daerah mengundi yang lain di Chempaka. Maka tidak mustahil ianya adalah sebahagian dari satu operasi bersepadu.

Oleh itu, katanya, persoalannya mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya tidak sedar akan penambahan pengundi yang mendadak ini?

“Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan. Ianya perlu untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab mendaftarkan “pengundi-pengundi hantu” tersebut.

“Daftar pemilih masih tidak kelihatan bersih. Amat payah bagi SPR untuk meyakinkan rakyat bahawa proses pilihanraya di Malaysia adalah bersih, bebas dan adil,”tambahnya