Hamas Tegaskan Iltizam Kebangkitan Sehingga Palestin Dibebaskan

938

Pergerakan Hamas berkata ia akan kekal dengan pendekatan penentangan dan kebangkitan rintangan serta berkorban apa sahaja bagi mengikuti ‘jalan para syuhada’ sehingga semua matlamat menubuhkan sebuah negara telah tercapai.

Kenyataan tersebut y dikeluarkan oleh Hamas pada hari Ahad 29 Disember sempena ulang tahun kelima pertempuran Al- Furqan.
Gerakan Hamas mengulangi penolakannya terhadap rundingan damai dengan Israel dan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak memberi sesiapa mandat untuk berunding bagi pihak mereka.

hamas paradeDengan itu, menurut kenyataan tersebut, mereka tidak terikat dengan apa-apa perjanjian antara Pihak Berkuasa Palestin dan penjajah Israel.

“Dalam (pertempuran Al- Furqan ), musuh Israel mahu memecahkan kehendak rintangan (kebangkitan) ini yang diketuai oleh Hamas , tetapi denga teguh kami menjawab,

“Kami tidak akan meninggalkan tanah kami atau meninggalkan rintangan apa sahaja pengorbanan ,” tegas kenyataan Hamas.
“pertemuran Al- Furqan telah menjadi lagenda, era selepas pendudukan menarik diri dari sekitar Gaza mengheret ekor kekalahan dan kegagalan mereka di belakang mereka ,

“dan membuktikan bahawa kehendak yang kuat daripada orang kami adalah lebih gagah daripada semua kereta kebal itu, pesawat perang dan pengharaman senjata di peringkat antarabangsa, “tambah Hamas.

Hamas juga menegaskan bahawa sekatan yang cuba menyesakkan Gaza tidak akan berjaya dalam menghapuskan tentangan dan kebangkitan rintangan samada di medan peperangan atau pengasingan secara politik.

” Hamas bersama-sama dengan kuasa-kuasa kebangkitan akan terus mampu muncu dengan kejutan dalam menghadapi mereka mengepung rakyat Palestin,

“yang akan terbukti, pada hari-hari yang berlalu , bahawa ia adalah berakar umbi di hati rakyat dan negara dan sesungguhnya musuh (hamas) adalah terlalu lemah untuk memecahkan Pergerakan atau memaksanya berundur dari jalan Perjuangan dan Pembebasan, ” tegas Pergerakan Hamas.