Gerakan Hamas Palestin , mengukuhkan tekad kumpulan pejuang itu pada hari Sabtu 7 Disember, bahawa ia akan terus menentang penjajahan Israel sehingga pembebasan wilayah-wilayah yang diduduki rejim itu .
Pendirian tegas itu dibuat melalui satu kenyataan Hamas yang dikeluarkan ketika memperingati Intifadha Pertama, atau pemberontakan yang digerakkan oleh kumpulan itu, yang tercetus pada 8 Disember 1987, apabila rakyat Palestin di Gaza mencabar penjajahan Israel .
” Percikan (semangat) daripada intifadhayang popular meliputi semua tanah Palestin , mengumumkan bahawa rakyat kami percaya hanya satu sebab kewujudan mereka, dan akan terus mempertahankan hak-hak mereka dan tidak akan takut dengan keangkuhan mahupun keganasan pendudukan (Israel), ” katanya.
Ia berkata penjajahan Israel hanya akan meningkatkan keazaman mereka untuk bangkit dan melawan.
Sementara itu, Menteri Ekonomi dan Perdagangan Israel, Naftali Bennett berkata, sebarang rundingan damai yang tidak melibatkan para pemimpin Hamas di Gaza adalah satu ” jenaka, ”
Bennett mengulas keyakinan disuarakan oleh pemimpin Amerika Syarikat, termasuk Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negaranya John Kerry , pada Forum Saban Brookings Institution di Washington pada hujung minggu lalu.
Obama memberitahu perhimpunan itu bahawa beliau percaya “adalah satu kemungkinan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, akan tiba masanya untuk satu rangka kerja yang tidak terperinci tetapi membawa kita ke titik di mana semua orang mengiktirafya lebih baik untuk bergerak ke hadapan daripada bergerak ke belakang . ”
“Jika anda mengambil berat tentang Israel, masa akan datang, jika anda mengambil berat tentang Palestin , kita perlu percaya bahawa keamanan adalah mungkin dan kita perlu bertindak ke atas kepercayaan itu,” kata Kerry.
Ditanya mengenai tekanan Amerika ke atas Israel untuk mencapai perjanjian dengan kepimpinan Palestin , Bennett bertanya secara retorik , ” Jadi, anda akan membunuh diri dan melepaskan tanggungjawab kita atas keselamatan kami hanya kerana seseorang meletakkan tekanan ke atas anda ?
Kata Bennett, “Bekas Perdana Menteri Ehud Barak berjanji segala-galanya [ kepada rakyat Palestin ] dan kami mendapat 1,000 mati. Kami telah dijanjikan Gaza akan menjadi seperti Singapura dan (sebaliknya) kami mendapat (serangan) ribuan roket. Hasil Oslo (perjanjian damai ) adalah 1,500 (orang Israel) mati. Bukan orang Amerika yang mati, tetapi warga Israel mati. “




























