Hizbullah dan Hamas, menubuhkan sebuah badan bersama berdiri menentang keputusan Presiden Amerika Donald Trump menjadikan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel.
Menurut sumber keselamatan berpangkalan di Lebanon, ‘bilik penyelarasan’ kedua-dua kumpulan itu akan beroperasi pada tahap keselamatan politik dan ketenteraan.
Dibawah satu pengarahan arahan, ia akan mengumpulkan wakil-wakil dari Hizbullah dan Hamas serta Mobilisasi Unit Popular Iraq (PMU) yang juga dikenali dengan nama Arab Hashd al-Sha’abi dan kumpulan kebangkitan lain di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
“Mungkin ada pengumuman rasmi tidak lama lagi dari paksi rintangan yang menyatakan mereka datang bersama-sama untuk berhadapan dengan Israel dan keputusan Trump,” kata sumber itu.
Pada 6 Disember, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan, telah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan merancang untuk menempatkan semula kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke kota suci itu.
Peralihan dramatik dalam dasar Washington berkait Jerusalem mendapat kritikan hebat daripada masyarakat antarabangsa, termasuk sekutu Barat, dan mencetuskan bantahan terhadap Amerika Syarikat dan Israel .
Minggu lepas, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi dengan majoriti membanggakan untuk menolak langkah Trump.
Israel meletakkan tuntutan keatas seluruh Jurusalem tetapi masyarakat antarabangsa memandang sektor timur bandar purba itu adalah tanah yang diduduki Israel secara tidak sah.
Pada 11 Disember, Setaiuasaha Agung Hizbullah Sayyed Hassan berkata langkah Trump telah membuat Amerika Syarikat dan White House terpencil di dunia.
Hamas telah berkata Jerusalem dan al-Quds adalah ibu negara kekal kepada negara Palestin, dan keputusan Amerika atau Israel tidak boleh mengubah realiti.
Ia juga telah berkata Israel ialah negara haram yang tiada tanah air dan secara semula jadi tidak mempunyai hak untuk menetapkan ibu negaranya.
Hamas juga menyeru agar warga Palestin bangkit untuk intifada, pemberontakan baharu terhadap rejim pendudukan di Tel Aviv.
Lebih seminggu yang lalu, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza telah menjadi tempat kejadian demonstrasi dan pertempuran.
Seramai 12 rakyat Palestin terbunuh setakat ini oleh tentera Israel di tengah-tengah keganasan yang terus tersebar.





























