Hakisan Pantai; Warga Mengabang Telipot Kesal Kerajaan Lambat Bertindak

3894

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim melahirkan rasa ‘kekesalan yang amat sangat’, terhadap kerajaan yang terlalu perlahan dalam mengambil tindakan menangani kesan hakisan pantai Mengabang Telipot dan Tanjung Gelam.

hakisan 030117bKatanya, beliau tidak tahu, sampai bilakah keadaan tersebut berlarutan dan bilakah pula kerajaan akan dapat menanganinya.

“Lihatlah hakisan telah merebak sejauh 500 meter……. sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Takkan nak tunggu hakisan sampai ke pantai Merang baru kerajaan nak bertindak,

“Saya cukup sedih melihat keadaan ini…….saya berharap kerajaan lebih bersegera dlm menangani masalah yg menghantui penduduk dipantai ini sejak sekian lama,”katanya ketka ditemui hari ini ketika memeriksa keadaan pantai tersebut.

Beliau menyifatkan sikap kerajaan sebagai ‘pekak badak’ kerana pelbagai cadangan dan kajian dibuat serta bermacam kenyataan yang dikeluarkan, namun ia tidak mengubah apa-apa terhadap hakisan yang melanda.

hakisan 1216“Berbagai kajian yang telah dibuat serta cadangan penyelesaian dari pihak pakar serta PAS sendiri namun kerajaan seperti ‘pekak badak’ ,

“bila hal yang menyentuh golongan rakyat bawahan……. saya berharap kerajaan dibawah pimpinan YAB Razif lebih proaktif bagi menyelesaikan permasalahan rakyat,”tegasnya.

Dimana Menteri Besar?

Keresahan penduduk Kampung Tanjung Gelam dan Mengabang Telong tentang hakisan pantai yang kian merebak nampaknya belum menampakkan noktah penyelesaian.

Pelbagai pihak agensi kerajaan yang turun melawat hakisan tersebut namun hanya ibarat ‘melepas batuk ditangga’sahaja.

hakisan1216Tiada penyelesaian konkrit yang dilakukan, hanya taburan janji manis penyedap ‘halwa telinga’ sebagai umpan ‘penyumbat mulut’ penduduk dari terus mengkritik kegagalan kerajaan dlm menguruskan bencana alam dengan ‘efisien’.

Ketika tinjauan pihak media sebelum ini, rata-rata penduduk meluahkan kekesalan terhadap kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Seorang nelayan warga emas, Pak Ismail Abd Rahman, 78, berkata, beliau tidak pernah menyaksikan hakisan yang paling teruk terjadi, sebagaimana yang berlaku pada kali ini.

Pak Ismail“Pok asal sini……….dari kecik pok duduk sini, dulu pantai ni……… lenguh berjalan baru sampai ke gigi air, lebih kuran sebatu lebih, tapi sekarang……. tengok lah habis di kokok (hakis) di air, sampai ke jalan habis punah,”katanya.

Beliau adalah antara penduduk yang paling terkesan dengan hakisan pantai itu berkata, mencari rezeki ‘kelaut’ sudah menjadi darah dagingnya.

“dari zaman lepas Jepun hari tu lagi, sampai sekaang, tak berhenti lagi, daah memang mata pencarian Pok ke laut,

“tapi sekarang, nak bawa turun bot pun tak boleh, tebing jadi tinggi … kalau macam ni nyaknye (kesian) ah……paka dok berasap ah dapur Pok,”ujarnya.

IMG-20161229-WA0097Menurut Ismail, berhampiran pantai di kampong itu, penuh dengan rumah penduduk termasuklah rumah seorang berbangsa Cina yang dipanggil sebagai ‘Cina Kaki Kecik’.

Tetapi sekarang semua rumah habis ‘masuk ke dalam’ laut .

“Pok nak minta kerajaan kita mari baiki kerosakan pantai ni…….. jadi nyusah ke rakyat lagu ni…… sejak kerajaan buat landasan lapangan terbang panjang pah ke laut, dok sendik (selesai) masalah hakisan,

“dulu hakis pantai Tok Jembal, lepas dia benteng situ……… mari pulok ombak, hakis pantai Mengabang Telong ni …….. kalu lagu ni, bila nok selesai masalah?,”soal beliau.

“Razif (MB) pun Pok dok nampak batang hidung sekali ‘habuk’ turun jenguk masalah kami sini…….kata nak tolong rakyat!,” luah Pak Ismail menyatakan kekesalannya .

https://youtu.be/LxUobdH2_No